Saturday, May 5, 2012
Pukulan guna anggota tumit tapak kaki!
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah pada hari khamis & jumaat lepas aku sempat mengadap sifu aku.
Sifu aku memberi tunjuk ajar secara lebih terperinci lagi akan peri pentingnya memahami segala jurus & gerak pukulan yang terhasil daripada jurus tersebut !
Bagaimana bermula dengan jurus 1 Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) sehinggalah ke jurus 5 GPLY adalah teknik menggunakan anggota tangan ( Buku Lima & siku ! )
Manakala bermula jurus 6 sehinggalah ke jurus 9 GPLY adalah teknik menggunakan anggota kaki & lutut !
Di susuli dengan jurus 10 & 11 GPLY adalah teknik kombinasi mengguunakan semua anggota iaitu anggota tangan/siku/kaki/lutut/kepala !
Sifu aku menekankan akan peri pentingnya bilamana serangan anggota kaki di gunakan ( jurus 6 sehingga jurus 9), maka
sifu aku memberi tunjuk ajar yang betul akan teknik pukulan menggunakan anggota kaki.
Untuk membuat blocking/patahkan, maka perlu menggunakan anggota tapak kaki yang berlengkuk !
Manakala untuk membuat serangan pukulan menggunakan anggota kaki, maka hendaklah kita menggunakan tumit anggota kaki dan juga anggota tapak kaki yang dibahagian hadapan !
Di bawah ini adalah antara teknik yang boleh kita amalkan jika berhadapan dengan situasi seperti photo di bawah !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment