Friday, March 30, 2012

Kupasan istilah ringkas & mudah untuk teknik GPLY

Assalamualaikum w.b.t..

Pada era sifu aku belajar ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ), banyak istilah mudah dan ringkas untuk sesuatu teknik dalam GPLY yang di gunakan oleh arwah Acik Bakar untuk mengajar kumpulan pelajar veteran !



Dengan istilah yang ringkas & mudah ini akan memudahkan lagi anak murid Acik Bakar untuk mengingatinya.


1. Sikat Rambut
=> Teknik ini memerlukan seperti gaya seorang yang sedang menyikat rambut iaitu gerakkan menyikat dilakukan dari arah paras bawah ke atas ! Dengan mengangkat anggota tangan/lengan sehingga anggota tapak tangan mampu menutup/melindungi lubang anggota telinga !

Teknik ini berkesan untuk kita buat blocking untuk menahan/melindungi anggota kepala/telinga kita daripada pukulan pihak lawan !

2. Tebah Lalat
=> Teknik ini adalah antara teknik yang paling berkesan untuk menahan serangan tumbukkan daripada lawan !

Dengan aksi seperti mahu menampar/menebah lalat, maka dengan menggunakan ke dua dua anggota tapak tangan maka tebahan dari dilakukan dari paras atas ke bawah dengan cepat & pantas !

Sebenarnya teknik tebah lalat ini amat mudah & senang sekali untuk dikuasai! Insyallah dengan latihan berterusan dengan menggunakan Orang Kayu, kita boleh menguasai teknik ini dalam masa yang singkat!

Teknik ini amat berkesan jika kita terpaksa berhadapan dengan pihak lawan yang bersenjata seperti pisau ataupun untuk mengatasi serangan tumbukkan tangan kosong pihak lawan !

3. Tampar Beruang
=> Teknik ini memerlukan kita melakukan aksi seperti tumbukkan dibuat dari atas ke bawah iaitu dengan menggunakan ruas anggota lengan kita !

Teknik ini bertujuan untuk mematikan terus langkah pihak lawan !

Seperti teknik tebah lalat yang memerlukan kita menggunakan ke duau dua anggota tapak tangan kita, manakala untuk teknik Tanpar Beruang memerlukan kita menggunakan ruas kedua dua anggota lengan tangan kita pula !


4. Tongkat Siku
=> Ini antara salah satu teknik yang sungguh istimewa yang aku percaya tiada kedapatan dalam bela diri yang lain !

Dalam kedudukkan posisi anggota tapak tangan seperti membawa dulang air, maka jika pihak musuh melancarkan serangan menggunakan anggota tangan kanan, maka dengan teknik Tongkat Siku, kita akan mengangkat sendi anggota siku kanan pihak lawan tersebut ke atas sambil hentakkan anggota siku kita disasarkan ke anggota di bawah ketiak kanan pihak lawan !

5. Tangan Ultraman
=> Selepas aku berbincang dengan sifu aku, maka aku dapat idea untuk menamakan teknik tersebut sebagai teknik Tangan Ultraman ! :)



Teknik ini memerlukan kita merapatkan ke dua dua belah anggota tangan kita untuk mengatasi serangan pihak lawan yang bersenjata !

Perlu mengadap guru untuk memahami & mendalami teknik ini!

6. Kolek Sampan
=> Teknik ini memerlukan anggota tapak kaki adalah tetap & tidak bergerak tetapi anggota badan kita adalah "hidup" untuk mengelak daripada serangan pihak lawan !

Bayangkan bilamana kita berada di dalam sebuah sampan yang kecil yang memerlukan kita menyeimbangkan anggota badan kita tanpa kita perlu bergerak !

7. Dayung Perahu
=> Teknik ini memerlukan kita melangkah ke hadapan/belakang untuk mengelak daripada serangan pihak lawan !

Sila mengadap guru untuk memahami & mendalami teknik ini.

8. STOP/HENTI
=> Teknik yang memerlukan kita membuat pukulan yang padu & tepat ke sasaran anggota penyawa pihak lawan iaitu dalam paras yang rendah !


9. Lilit Ular
=> Teknik ini memerlukan bilamana anggota tangan kita rapat & menyentuh anggota tubuh pihak lawan, maka dengan pantas anggota jari tangan kita akan menyusur seperti ular dari aras bawah ke atas untuk menyucuk anggota halkum/pernafasan pihak lawan !

Tujuan utamanya adalah untuk menyekat saluran pernafasan pihak lawan !

10. Pedang Jepun
=> Seperti gerakkan seorang ahli bela diri jepun mencabut pedang samurai & menghunus pedang tesebut ke atas untuk memancung kepala pihak lawan, maka gerakkan anggota tangan kita yang digerakkan dari aras bawah ke aras atas akan memerangkap pihak lawan !

Gerakkan mengangkat ini memerlukan kita menggunakan bahagian anggota siku kita ke atas untuk mengangkat anggota sendi siku ke atas pihak lawan ! Ini untuk membuatkan pihak lawan tidak seimbang !

11. Belah Ombak
=> Teknik ini memerlukan kita merapat & menemukan kedua dua anggota tapak tangan kita. Dengan teknik cucukan/tikaman boleh dilakukan ke anggota pernafasan/halkum/ulu hati/rusuk /penyawa pihak lawan !



12. HAMMER
=> Teknik ini memerlukan pukulan dilakukan separas untuk mengenai bahagian anggota muka pihak lawan !

Perlu mengadap guru untuk memahami & mendalami teknik ini !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Sunday, March 25, 2012

Latihan untuk menguatkan otot anggota badan

Assalamualaikum w.b.t.....

Sifu aku pernah berkongsi dengan aku tentang bagaimana orang orang dahulu membuat latihan untuk menguatkan otot otot anggota lengan tangan maka anggota lengan tangan tersebut disental/asah dengan tali sauh kapal !



Begitu juga untuk menguatkan anggota jari anggota tangan, maka latihan cucukkan ke pasir laut dilakukan secara berterusan !

Bagi menguatkan anggota tulang kering / kaki pula maka latihan asahan menggunakan buluh dilakukan agar anggota tulang kering tersebut menjadi kematu & tidak merasa sakit lagi bila sepakkan dilakukan !



Lihatlah bagaimana sebenarnya bukannya mudah untuk seorang ahli beladiri menjadi mantap dari segi stamina & juga teknik !

Teknik disini boleh dipelajari secara mengadap tetapi untuk kemantapan dari segi tenaga maka latihan yang berkaitan mestilah dibuat secara berterusan !



Sifu aku berkongsi bagaimana arawah Gurunya iaitu Acik Bakar bila membuat teknik tikaman/cucukkan dengan menggunakan ke lima lima anggota jari tangannya maka diberitakan bagaimana batang pokok pisang tersebut akan tembus !

Oleh itu cuba bayangkan jika batang pokok pisang boleh tembus maka apatah lagi anggota tubuh manusia !



Jika anggota kepala/kaki kita terhantuk secara tidak sengaja ke dinding pun sudah sakit inikan pula bilamana pukulan dilakukan keatas kita secara terus maka kesannya sudah semestinya adalah amat sakit & memeritkan !

Oleh yang sedemikian, nasihat ringkas dari sifu aku ialah sebelum pukulan pihak lawan mengenai anggota tubuh kita maka semestinyalah kita dengan pantas selaju hembusan angin mengelak & terus melancarkan serangan sehingga pihak lawan lumpuh & tidak bermaya melakukan tindak balas !



Insyallah dengan amalan ayat ayat Al-Quran, kita minta perlidungan terus daripada ALLAH s.w.t..

Jika ditakdirkan kita tidak mampu lari dari bertembung/bertempur, sekurang kurangnya dengan ilmu yang kita ada, insyallah kita masih mampu lagi untuk melindungi diri kita dari ancaman tersebut !

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Wednesday, March 21, 2012

Istilah Ringkas utk teknik GPLY

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah berkesempatan mengadap sifu aku pagi tadi.

Aku sempat ulang kaji semula akan beberapa istilah teknik yang digunakan semasa aku menjalani latihan ilmu bela diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur )

Seperti yang aku pernah kongsi as sebab aku belajar ilmu ini kerana aku mempunyai musuh yang aku boleh nampak kelibatnya iaitu jiran sebelah rumah aku sendiri !



Diringkaskan sehinggalah sampai ke satu tahap & peringkat di mana jiran aku yang "psiko" tersebut berani meludah kepada aku & juga kepada jiran jirannya yang disekeliling !


http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=gawBraK2Ilc

Jadi perlu difahami as sebab aku belajar ilmu tempur jalanan GPLY yang seperti Mixed Martial Art ini adalah untuk melindungi diri aku & juga keluarga aku !

Mengikut sifu aku, semasa arwah Acik Bakar mengajar ilmu GPLY kepada kumpulan sifu aku yang kebanyakkannnya ahli anggotanya adalah terdiri daripada kelompok generasi orang orang lama yang dah berumur 50 an ke atas !



Pada masa tersebut hanya sifu aku yang masih muda iaitu dalam umur sekitar 20 an.

Set set orang lama tersebut pula teramatlah payah untuk mengingati akan teknik teknik yang telah diajar oleh Guru Arwah Acik Bakar.

Oleh sebab itu, semasa mengajar untuk memudahkan set set veteran tersebut faham maka arwah Acik Bakar menggunakan istilah harian yang mudah tetapi berkesan untuk diingati oleh kelompok pelajar yang berumur tersebut !

Antara istilah yang di gunakan ialah :

1. Sikat Rambut

2. Tebah Lalat

3. Tampar Beruang

4. Tongkat

5. Tangan Ultraman

6. Kolek Sampan

7. Dayung Perahu

8. STOP

9. Tunjuk Langit

10. Pedang Jepun

11. Belah Ombak

Nanti panjang umur & ada rezeki , aku akan kumpas dengan lebih terperinci lagi akan apa maksud istilah tersebut !

*Nota :

( 1 ) Jika tumbukkan anggota buku lima tangan sampai, maka anggota siku juga sampai & di ikuti juga dengan anggota lutut/kaki juga singgah ke anggota pihak lawan !
( 2 ) Pengamal GPLY - Lian Campur mencari anggota rusuk pihak lawan terlebih dahulu !

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Sunday, March 18, 2012

Gerakkan latihan secara perlahan & lembut

Assalamualaikum w.b.t..

Setiap pagi di sekitar taman permainan kawasan rumah aku di Kinrara ini akan kelihatan beberapa kumpulan @ individu yang mengamalkan latihan Tai Chi & Chi Gong ( Chinese Yoga ) !



Aku berpendapat walaupun gerakkan latihan jasmani pengamal Chi Gong adalah amat perlahan & lembut tetapi percayalah gerakkan seperti itulah yang elok untuk kesihatan tubuh badan kita terutama untuk kesihatan urat saraf !


Menurut sifu aku, gurunya iaitu arwah Acik Bakar bilamana membuat latihan jurus Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) adalah dalam gerak yang perlahan & lembut sahaja !



Tetapi ingatlah walaupun gerakkan yang di buat oleh Arwah Acik Bakar adalah secara perlahan & lembut tetapi percayalah gerakkan yang secara perlahan & lembut inilah bila digunakan di dalam pertempuran sebenar maka buah pukulan yang terhasil adalah amat memeritkan !

Seorang pengamal Lian mesti mahir & mempunyai ilmu tentang dimana kawasan lemah dianggota badan yang sarat dengan urat saraf untuk dijadikan kawasan serangan !



Asas pertempuran ialah bila kita memilih jalan untuk bertempur maka kita kena memastikan buah pukulan yang terhasil adalah amat pantas, padu & tepat !

Sebelum kita kena pukulan maka semetinya kita membuat pukulan terlebih dahulu untuk meng K.O kan pihak lawan !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Tuesday, March 13, 2012

Serang sampai pihak lawan jatuh tersungkur ke bumi

Assalamualaikum w.b.t....

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), kombinasi jurus anggota tangan/siku & jurus anggota kaki/lutut adalah amat berkesan sekali di dalam street fighting kerana kebiasaannya pihak lawan masih mampu menepis/mengelak serangan jurus anggota tangan/siku tetapi bilamana di susuli dengan serangan jurus anggota kaki/lutut, maka sudah pasti pihak lawan tidak mampu lagi untuk mengelaknya!



Dalam street fighting, seorang pengamal lian mestilah membuatkan pihak lawan jatuh menyembah bumi akhirnya !

Pihak lawan makan tanah !

Oleh itu, jika seorang pengamal Lian memilih jalan bertempur, maka seorang pengamal Lian kena memastikan pihak lawannya tidak mampu lagi untuk bertindak balas !



Jika seorang pengamal Lian memilih jalan untuk tidak bertempur, maka seorang pengamal Lian boleh mengelakkannya dengan teknik Tolak, Tarik , Angkat, Tekan anggota sendi pihak lawan !

Aku berazam untuk mempelajari ilmu berkenaan urat saraf !

Sifu aku pernah memberitahu aku tentang arwah Acik Bakar ( Guru sifu aku ) mahir akan ilmu urat saraf iaitu Acik Bakar mampu membuat pihak lawan tidak mampu bergerak hanya dengan tusukkan menggunakan anggota jari nya ke sasaran saraf di bahagian tertentu anggota tangan pihak lawan!



Akibatnya pihak lawan langsung tidak bermaya untuk bergerak & apatah lagi jika ada senjata yang digengam oleh pihak lawan, maka senjata tersebut akan terlucut dari gengaman kerana anggota tangan pihak lawan akan menjadi lumpuh !

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam...

Basteng

Thursday, March 8, 2012

Tumbukkan STOP@HENTI

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah aku sempat mengadap sifu aku.

Bayangkan sedang kita sedang berjalan bersama keluarga untuk pergi ke kedai makan tetiba ada orang mengamuk & menggila datang meluru ke arah kita !

Kita boleh lah cabut lari tapi apa akan terjadi kepada isteri @ anak kita ?

Kalau kita cabut lari semata mata untuk menyelamatkan diri kita sahaja dengan meninggalkan anak isteri kita berdepan dengan makhluk ganas menggila itu, maka percaya lah anda lebih elok dicincang untuk di buat sup !



Jadi sifu aku berkongsi akan satu teknik yang aku namakan sebagai tumbukkan "STOP@HENTI" !

Teknik ini memerlukan jika pihak lawan masuk meluru dengan menggila maka bilamana jarak pihak lawan sudah hampir dengan kita maka kita akan merendahkan anggota tubuh kita iaitu jika boleh 1 anggota lutut mencecah ke bumi !



Sambil pada masa yang sama satu tumbukkan padu & padat disasarkan ke anggota penyawa pihak lawan sambil dengan pantas kuakkan/bukaan dilancarkan terhadap sendi anggota lutut pihak lawan dengan menggunakan anggota tapak tangan kita atau anggota siku kita!

Kebiasannya hebat sekali mana pun lawan kita hatta lawan kita tersebut adalah seorang pengamal ilmu kebal sekalipun , akan tersungkur kesakitan apabila diserang dengan teknik pukulan " STOP@HENTI " ini!



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Tuesday, March 6, 2012

Asas jurus 1 : masuk dengan hentakkan anggota siku

Assalamualaikum w.b.t...


Alhamdulillah aku ingin berkongsi akan satu teknik pukulan yang berasas daripada jurus 1!



Contohnya jika pihak lawan cuba bertindak balas iaitu dengan melakukan serangan menggunakan anggota tangan kanannya, maka kita akan masuk dengan melakukan pukulan menggunakan anggota siku kiri kita ke arah anggota antara sendi siku kanan ke sendi anggota bahu kanan pihak lawan !



Sambil dengan pantas di susuli pukulan dengan menggunakan anggota tangan/siku kanan dilakukan ke tiga tempat di anggota pihak lawan iaitu di bahagian anggota muka, ulu hati & anggota penyawa !

Di ikuti dengan teknik "pancung mendatar " iaitu pukulan menggunakan anggota tangan kiri kita dilancarkan ke anggota leher pihak lawan !

Di susuli pula dengan pukulan menggunakan anggota lutut/siku kanan ke sasaran anggota penyawa/perut/muka pihak lawan !

Kebiasaannya, kita akan menepis/mengelak dengan menggunakan anggota tangan kiri kita tetapi dengan teknik asas jurus 1 di atas, kita akan defence tetapi dengan cara kita masuk secara terus sambil serangan pukulan dengan menggunakan anggota siku kiri kita dilakukan secara keras & pantas ke bahagian sendi anggota siku kanan ke bahagian anggota sendi bahu kanan pihak lawan !

Elemen kejutan yang tak disangka sangka ini iaitu teknik tepisan dengan hentakkan masuk menggunakan anggota siku kiri kita ini akan memerangkap pihak lawan !

Di bawah ini adalah beberapa jenis "deadly" seni bala diri yang ada !

http://lilomag.com/2010/07/10-deadly-martial-arts/

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, March 1, 2012

Anggota tubuh jadi mengecut/mengecil !

Assalamualaikum w.b.t...

Aku suka berkongsi akan satu teknik pukulan menggunakan anggota kaki iaitu yang ada dalam jurus 6 & jurus 7 Gerak Pukul lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ).




Sifu aku berkongsi bagaimana gurunya iaitu arwah Acik Bakar bila melakukan jurus 6 & 7, maka arwah Acik Bakar akan merendahkan anggota tubuhnya ( anggota tubuhnya mengecil seakan mengecut) sambil satu anggota kakinya diangkat seperti photo di atas & di bawah!



Percayalah ini adalah antara teknik yang paling berkesan dalam street fighting !

YouTube di bawah adalah antara demo yang dibuat oleh Tony Jaa ! Lihatlah bagaimana pergerakkan Tony Jaa yang penuh dengan seni & gerakkan yang terhasil adalah Buah Pukul !





Insyallah aku berazam untuk menguasai jurus 6 & 7 ini iaitu dengan senantiasa melakukan latihan dengan menggunakan Orang Kayu !

*Nota : Pada sesiapa yang sudi membantu seorang sahabat aku yang bernama Khairudin Bin Johar ( ex M.R.S.M K.T, batch 1984-1988 ) yang sekarang ini sedang diuji dengan sakit saraf yang mengakibatkannya sukar untuk bertutur, mengingati, membaca & melakukan aktiviti yang asas !



Bolehlah membuat sumbangan di 1122-3205-4784 ( MayBank ) !

Ya ALLAH, dengan kekuasan Mu Ya ALLAH S.W.T., Engkau sembuh kanlah penyakit yang sekarang ini sedang dihadapi oleh Din Krete ! AMIN...

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng