Sifu aku pernah berkongsi dengan aku tentang bagaimana orang orang dahulu membuat latihan untuk menguatkan otot otot anggota lengan tangan maka anggota lengan tangan tersebut disental/asah dengan tali sauh kapal !

Begitu juga untuk menguatkan anggota jari anggota tangan, maka latihan cucukkan ke pasir laut dilakukan secara berterusan !
Bagi menguatkan anggota tulang kering / kaki pula maka latihan asahan menggunakan buluh dilakukan agar anggota tulang kering tersebut menjadi kematu & tidak merasa sakit lagi bila sepakkan dilakukan !

Lihatlah bagaimana sebenarnya bukannya mudah untuk seorang ahli beladiri menjadi mantap dari segi stamina & juga teknik !
Teknik disini boleh dipelajari secara mengadap tetapi untuk kemantapan dari segi tenaga maka latihan yang berkaitan mestilah dibuat secara berterusan !

Sifu aku berkongsi bagaimana arawah Gurunya iaitu Acik Bakar bila membuat teknik tikaman/cucukkan dengan menggunakan ke lima lima anggota jari tangannya maka diberitakan bagaimana batang pokok pisang tersebut akan tembus !
Oleh itu cuba bayangkan jika batang pokok pisang boleh tembus maka apatah lagi anggota tubuh manusia !

Jika anggota kepala/kaki kita terhantuk secara tidak sengaja ke dinding pun sudah sakit inikan pula bilamana pukulan dilakukan keatas kita secara terus maka kesannya sudah semestinya adalah amat sakit & memeritkan !
Oleh yang sedemikian, nasihat ringkas dari sifu aku ialah sebelum pukulan pihak lawan mengenai anggota tubuh kita maka semestinyalah kita dengan pantas selaju hembusan angin mengelak & terus melancarkan serangan sehingga pihak lawan lumpuh & tidak bermaya melakukan tindak balas !

Insyallah dengan amalan ayat ayat Al-Quran, kita minta perlidungan terus daripada ALLAH s.w.t..
Jika ditakdirkan kita tidak mampu lari dari bertembung/bertempur, sekurang kurangnya dengan ilmu yang kita ada, insyallah kita masih mampu lagi untuk melindungi diri kita dari ancaman tersebut !
Selamat menuntut ilmu & beramal...
Wassalam..
Basteng
No comments:
Post a Comment