Assalamualaikum w.b.t..
Pada era sifu aku belajar ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ), banyak istilah mudah dan ringkas untuk sesuatu teknik dalam GPLY yang di gunakan oleh arwah Acik Bakar untuk mengajar kumpulan pelajar veteran !
Dengan istilah yang ringkas & mudah ini akan memudahkan lagi anak murid Acik Bakar untuk mengingatinya.
1. Sikat Rambut
=> Teknik ini memerlukan seperti gaya seorang yang sedang menyikat rambut iaitu gerakkan menyikat dilakukan dari arah paras bawah ke atas ! Dengan mengangkat anggota tangan/lengan sehingga anggota tapak tangan mampu menutup/melindungi lubang anggota telinga !
Teknik ini berkesan untuk kita buat blocking untuk menahan/melindungi anggota kepala/telinga kita daripada pukulan pihak lawan !
2. Tebah Lalat
=> Teknik ini adalah antara teknik yang paling berkesan untuk menahan serangan tumbukkan daripada lawan !
Dengan aksi seperti mahu menampar/menebah lalat, maka dengan menggunakan ke dua dua anggota tapak tangan maka tebahan dari dilakukan dari paras atas ke bawah dengan cepat & pantas !
Sebenarnya teknik tebah lalat ini amat mudah & senang sekali untuk dikuasai! Insyallah dengan latihan berterusan dengan menggunakan Orang Kayu, kita boleh menguasai teknik ini dalam masa yang singkat!
Teknik ini amat berkesan jika kita terpaksa berhadapan dengan pihak lawan yang bersenjata seperti pisau ataupun untuk mengatasi serangan tumbukkan tangan kosong pihak lawan !
3. Tampar Beruang
=> Teknik ini memerlukan kita melakukan aksi seperti tumbukkan dibuat dari atas ke bawah iaitu dengan menggunakan ruas anggota lengan kita !
Teknik ini bertujuan untuk mematikan terus langkah pihak lawan !
Seperti teknik tebah lalat yang memerlukan kita menggunakan ke duau dua anggota tapak tangan kita, manakala untuk teknik Tanpar Beruang memerlukan kita menggunakan ruas kedua dua anggota lengan tangan kita pula !
4. Tongkat Siku
=> Ini antara salah satu teknik yang sungguh istimewa yang aku percaya tiada kedapatan dalam bela diri yang lain !
Dalam kedudukkan posisi anggota tapak tangan seperti membawa dulang air, maka jika pihak musuh melancarkan serangan menggunakan anggota tangan kanan, maka dengan teknik Tongkat Siku, kita akan mengangkat sendi anggota siku kanan pihak lawan tersebut ke atas sambil hentakkan anggota siku kita disasarkan ke anggota di bawah ketiak kanan pihak lawan !
5. Tangan Ultraman
=> Selepas aku berbincang dengan sifu aku, maka aku dapat idea untuk menamakan teknik tersebut sebagai teknik Tangan Ultraman ! :)
Teknik ini memerlukan kita merapatkan ke dua dua belah anggota tangan kita untuk mengatasi serangan pihak lawan yang bersenjata !
Perlu mengadap guru untuk memahami & mendalami teknik ini!
6. Kolek Sampan
=> Teknik ini memerlukan anggota tapak kaki adalah tetap & tidak bergerak tetapi anggota badan kita adalah "hidup" untuk mengelak daripada serangan pihak lawan !
Bayangkan bilamana kita berada di dalam sebuah sampan yang kecil yang memerlukan kita menyeimbangkan anggota badan kita tanpa kita perlu bergerak !
7. Dayung Perahu
=> Teknik ini memerlukan kita melangkah ke hadapan/belakang untuk mengelak daripada serangan pihak lawan !
Sila mengadap guru untuk memahami & mendalami teknik ini.
8. STOP/HENTI
=> Teknik yang memerlukan kita membuat pukulan yang padu & tepat ke sasaran anggota penyawa pihak lawan iaitu dalam paras yang rendah !
9. Lilit Ular
=> Teknik ini memerlukan bilamana anggota tangan kita rapat & menyentuh anggota tubuh pihak lawan, maka dengan pantas anggota jari tangan kita akan menyusur seperti ular dari aras bawah ke atas untuk menyucuk anggota halkum/pernafasan pihak lawan !
Tujuan utamanya adalah untuk menyekat saluran pernafasan pihak lawan !
10. Pedang Jepun
=> Seperti gerakkan seorang ahli bela diri jepun mencabut pedang samurai & menghunus pedang tesebut ke atas untuk memancung kepala pihak lawan, maka gerakkan anggota tangan kita yang digerakkan dari aras bawah ke aras atas akan memerangkap pihak lawan !
Gerakkan mengangkat ini memerlukan kita menggunakan bahagian anggota siku kita ke atas untuk mengangkat anggota sendi siku ke atas pihak lawan ! Ini untuk membuatkan pihak lawan tidak seimbang !
11. Belah Ombak
=> Teknik ini memerlukan kita merapat & menemukan kedua dua anggota tapak tangan kita. Dengan teknik cucukan/tikaman boleh dilakukan ke anggota pernafasan/halkum/ulu hati/rusuk /penyawa pihak lawan !
12. HAMMER
=> Teknik ini memerlukan pukulan dilakukan separas untuk mengenai bahagian anggota muka pihak lawan !
Perlu mengadap guru untuk memahami & mendalami teknik ini !
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment