Saturday, June 30, 2012

Tekan / Henjang dgn guna anggota kaki

Assalamualaikum w.b.t.. Aku suka berkongsi akan teknik anggota kaki ( jurus lian # 6, 7, 8 & 9 ). Dalam beladiri Muay Thai, kita biasa didedahkan dengan teknik tendang bola iaitu dengan menyasarkan anggota kaki/lutut pihak lawan ! Jika betul tendangan teknik tendang bola itu boleh mengakibatkan pihak lawan terus tumbang kerana patah/tergeliat anggota kaki ! Sementara dalam GPLY yang aku belajar ini, teknik melancarkan serangan menggunakan anggota kaki dengan teknik tendang bola adalah salah satu cara yang mesti dikuasai ! Ini bermaksud sekiranya kita melancarkan serangan tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanan kita ke arah anggota sendi bahu anggota kanan pihak lawan, maka secara serentak pula anggota kaki kanan kita juga akan melancarkan serangan Tendang Bola ke arah anggota kaki kanan piha lawan ! Akibatnya, pihak lawan akan mati kutu & tidak sempat untuk bertindak balas ! Dengan teknik TEKAN/HENJANG, kita akan menggunakan anggota tengah tapak kaki kita ( bahagian byg lekuk ) melancarkan teknik TEKAN/HENJANG ke anggota pelapik sendi anggota lutut @ secara berdepan teknik TEKAN/HENJANG dibuat ke anggota lutut pihak lawan ! Akibatnya sangatlah menyakitkan kerana pihak lawan akan mengalami patah/tergeliat dibahagian anggota lututnya ! Teknik TEKAN/HENJANG ini ini sangat amat berkesan untuk kita menumpaskan lawan kita yang tidak mengira saiz samada lawan kita bertubuh sasa/tinggi @ kecil ! Untuk memahami bagaimana kaedah yang betul untuk melakukan teknik TEKAN/HENJANG ini, kenalah mengadap guru ! Lihat kan lah photo di bawah bagaimana teknik TEKAN/HENJANG boleh dilancarkan iaitu jika kita memerhatikan pihak lawan melangkah dengan menggunakan anggota kiri di hadapan, maka dengan menggunakan anggota kaki kanan kita akan meNEKAN/HENJANG ke anggota peha kiri pihak lawan yang berhampiran dengan anggota penyawa ! Sambil kita menarik anggota tangan kiri pihak lawan ! *Nota : dalam perang/ street fighting, tiada undang undang ! In whatever situation, we must protest ourselves and make sure our opponent not able to launch the strike back ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam... Basteng

Tuesday, June 26, 2012

Teknik Jurus BerKembar ( paras atas & bawah )

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku. Berpeluanglah aku menerima tunjuk ajar secara lebih mendalam dari sifu aku tentang bagaimana teknik serangan kombinasi menggunakan anggota kaki / lutut / siku / tangan boleh dilancarkan kepada pihak lawan ! Sifu aku menekankan peri pentingnya teknik serangan berkembar ATAS & BAWAH dilancarkan secara serentak ! Contohnya jika serangan memijak anggota kaki pihak lawan dilakukan maka kombinasi kembarnya ialah kita meNARIK/NOLAK anggota ruas lengan tangan pihak lawan ! Juga sekiranya kita dalam posisi yang berjarak rapat maka teknik serangan anggota siku ( siku kapak, siku sendeng, siku helang & etc ) akan digunakan. Maka kembarnya ialah teknik serangan menggunakan anggota lutut kita iaitu kita akan meNURUN/NGUIS/JENTAT anggota lutut kita ke bahagian sasaran anggota sendi lutut pihak lawan ! Perlu diingatkan di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) ini, pihak lawan mesti akan jatuh tersembam ke bumi @ makan pasir ! Kebiasaanya jika seseorang melancarkan serangan dengan menggunakan anggota tangan maka pihak lawan mampu lagi mengelak serangan tersebut. Tetapi jika serangan dari aras bawah ( anggota kaki & lutut ) & aras atas ( anggota siku & tangan ) dilancarkan secara serentak maka akibatnya mengikut lumrah alam, serangan kita tersebut pasti akan menemui sasaran ! Contohnya, pihak lawan masih mampu mengelak/menepis serangan yang dilancarkan di bahagian atas ( anggota tangan & siku ) tetapi si pihak lawan tidak akan mampu mengelak serangan yang dilancarkan di bahagian paras bawah iaitu yang menggunakan anggota kaki & lutut ! Oleh itu, latihan gerak pukul lian hendaklah senantiasa dilakuka dengan menggunakan Orang Kayu ! Ini bertujuan untuk kita lagi memahami akan pergerakkan anggota tubuh kita iaitu pergerakkan anggota kaki & tangan kita yang akan masuk serentak untuk melumpuh & menumpaskan pihak lawan ! Juga kita akan lagi faham di mana kawasan titik serangan yang akan dilancarkan agar segala serangan yang kita lakukan adalah berkesan ! Aku perhatikan bagaimana sifu aku sering menitik berat & berkongsi bagaimana seharusnya seorang pengamal lian menyasarkan pukulan secara menghentak/cucuk di lancarkan ke anggota ruas/sendi : 1. Anggota kaki 2. Anggota tangan 3. Anggota bahu 4. Aanggota siku 5. Anggota lutut Petua di sini ialah di mana anggota pihak lawan memegang @ melancarkan serangan maka anggota lawan tersebutlah yang seorang pengamal Lian akan menyerangnya bertubi tubi sehingga pihak lawan tidak mampu lagi untuk memegang/mengengam senjata ! Di samaping semua titik lemah/anggota sendi seperti di atas, maka kawasan titik sasaran seorang perngamal lian ialah : 1. Anggota rusuk kanan @! kiri 2. Anggota kepala. ( a) Cucuk mata, ( b ) ludah air liur ke bahagian anggota mata ( c )sembur/baling pasir ke anggota mata pihak lawan ( d ) Cucuk ke anggota halkum/leher/saluran pernafasan ! ( e ) Tumbuk / tanpar ke anggota telinga ( f ) Menggunakan ibu tangan/tapak anggota tangan dengan mengangkat anggota hidung lawan ke atas ! 3. Anggota penyawa 4. Anggota ulu hati/dada Jika pihak lawan menyerang dengan melakukan tendangan secara bola @ tendangan secara lurus maka anggota kaki yang melakukan serangan tersebutlah akan kita buat pukulan hentaman secara bertubi tubi dengan menggunakan anggota tangan @ siku @ lutut kita ! Silalah surf link di bawah untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang bela diri Krav Maga ini ! http://www.kravmagatallahassee.com/ Principles of Krav Maga : Expect anything - there are no rules when you are being attacked Use the body's natural reflexes in the defensive motion Defend and attack in the minimum time required Use the body's natural weapons as well as ordinary objects Exploit the human body's most vulnerable spots Target your opponent's weaknesses-never put power against power Take no defensive action without an offensive action Avoid injury Selamat menuntut ilmu & beramal.. wassalam.. Basteng

Saturday, June 23, 2012

Ilmu Bela Diri - Tulang 4 kerat

Assalamualaikum w.b.t. Dalam kita menjalani kehidupan harian, kita tidak boleh lari untuk keluar rumah untuk mencari rezeki, bersiar siar dengan keluarga ke pusat membeli belah, menaiki lif, parking kereta & etc. Diri kita akan terdedah dengan risiko jika ada orang lain yang berniat jahat kepada kita iaitu mahu merompak/mencederakan diri kita. Oleh itu, di samping mengamalkan doa/ayat pelindung diri untuk melindungi diri kita & keluarga daripada kejadian yang tidak diingini maka kita juga hendaklah melengkapkan diri kita dengan ilmu bela diri tulang 4 kerat untuk mempertahankan diri kita & keluarga ! Ilmu bela diri tersebut hendaklah dapat digunakan walau dalam apa keadaan atau situasi ! Contohnya jika kita sedang membawa kereta dan secara tiba tiba belakang kereta kita dilanggar oleh kereta ! Bilamana kita baru sahaja keluar dari kereta, dengan tidak semena mena kita diserang oleh 3 lelaki ! Adakah pada saat tersebut kita mampu berhadapan dengan penyerang kita tersebut ! Atau adakah segala ilmu bela diri kita yang telah kita belajar sebelum ini boleh kita gunakan untuk menghadapi si penyerang tersebut ? Atau adakah segala ilmu bela diri yang kita belajar tersebut hilang kerana kita panik ! Tontonilah youtube di bawah bagaimana ganasnya gerakkan " patah sendi " di lakukan oleh Steven Seagal ! Lihat lah bagaimana teknik gerakkan Aikido yang digunakan oleh Steven Seagal untuk dia mengalah & menumpaskan lawannya iaitu dengan cara mematahkan sendi anggota badan lawannya ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Tuesday, June 19, 2012

Wooden Dummy @ Orang Kayu & Urat Saraf

Assalamualaikum w.b.t Lihatlah dalam YouTube di bawah bagaimana sifu aku memberi tunjuk ajar tentang teknik anggota siku & lutut & kaki dengan menggunakan Orang Kayu. Teknik ini sesuai & berkesan untuk pertempuran jarak dekat. Sifu aku pernah berkongsi bagaimana sebenarnya dia amat terkilan kerana semasa dia menuntut GPLY dengan gurunya iaitu Arwah Acik Bakar, dia tidak belajar tentang teknik Urat Saraf ! Pada masa tersebut, sifu aku berpandangan menguasai & mengetahui ilmu urat saraf adalah tidak perlu. Sifu aku lebih suka akan teknik Gerak & Pukul Lian yang akan mengakibatkan mangsa berdarah/patah ! Sebenarnya sesiapa yang menguasai ilmu urat saraf yang ada kedapatan di tubuh seorang manusia ini, akan mempunyai kelebihan yang banyak dalam pertempuran street fighting ! Ini di sebabkan, dengan menyasarkan ke urat saraf tertentu sahaja seperti saraf di bahagian anggota tangan, maka pihak lawan yang memegang senjata tidak mampu bergerak untuk melancarkan serangan sekiranya titik saraf di anggota tangan yang memegang erat senjata tersebut di cucuk ! Aku menemui satu blog yang mengupas dengan terperinci tentang ilmu beladiri. http://chulahitam.blogspot.com/ Penulis blog ini adalah daripada aliran bela diri silat Gayong ! Juga satu blog menarik yang mengupas secara terperinci tentang ilmu saraf ! http://acupressure-tiktam.blogspot.com/ Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Saturday, June 16, 2012

Elak Sebutir Padi & teknik tendangan sepak bola

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku suka berkongsi akan satu istilah yang aku dengar daripada Sifu aku iaitu " elak sebutir padi" ! Ini membawa maksud sudah betapa dekatnya pukulan tumbukkan/tikaman/sepakkan hampir mengenai diri kita tetapi alhamdulillah tumbukkan/tikaman/sepakkan tersebut masih mampu dielakkan oleh kita iaitu serangan tersebut tidak mengenai diri kita atau jika kena pun , pukulan tersebut tidak akan memberi bekas atau membuat kita menderita sakit ! Lihatlah akan photo di bawah bagaimana teknik "elak sebutir padi" boleh dibuat iaitu jika pihak lawan melakukan tumbukkan menggunakan anggota tangan kanan atau pun kiri ke arah anggota muka kita, maka kita dengan pantas akan mengelakkkan wajah kita sambil tumbukkan anggota tangan kanan/kiri dilancarkan dengan pantas/padu/tepat ke anggota rusuk kanan/kiri pihak lawan ! Seterusnya diikuti dengan serangan anggota siku/lutut/kaki dilancarkan bertali arus tanpa henti henti sehinggalah pihak lawan jatuh tersembam makan pasir tidak bermaya ! ! Cantikknya kita lumpuhkan terus pihak lawan tersebut dengan cara kita mematahkan sendi lutut/jari/tangan/siku/bahu/hidung pihak lawan terlebih dahulu! Sifu aku berkesempatan memberi tunjuk ajar bagaimana teknik serangan sepakkan anggota kaki boleh dilancarkan ! Caranya ialah kita boleh menggunakan mana mana anggota kaki kita untuk melakukan teknik tendangan sepak bola ! Tetapi keistimewaan teknik tendangan sepak bola ini ialah mula- mula memerlukan kita menyasarkan serangan dengan sepakkan teknik tendang bola dibuat terus ke anggota kaki depan ( bahagian buku lali ! ) pihak lawan yang belum sepenuhnya berpijak penuh ke bumi ! Ini akan mengakibatkan pihak lawan off balance @ tidak stabil ! Seterusnya dengan pantas diikuti pula dengan teknik tendangan sepak bola dengan menggunakan anggota kaki kita yang satu lagi ke sasaran anggota kaki pihak lawan ( di bahagian atas anggota betis anggota kaki yg sama atau pun anggota kaki yang satu lagi ! ) ! Jika teknik double tendangan sepak bola ini dilakukan , insyallah kita mampu melumpuhkan pihak lawan dalam masa yang pantas tanpa mengira saiz badan lawan kita ! Perlu diingat disini ialah teknik tendangan sepak bola ini pertama sekali menyasarkan tendangan sepakkan dilakukan ke bahagian bawah anggota kaki pihak lawan iaitu di bahagian buku lali kaki. Di ikuti dengan teknik tendangan sepak bola kali ke dua disasarkan pula ke bahagian atas iaitu di bahagian betis/sendi anggota lutut/penyawa/perut pihak lawan pula ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

Tuesday, June 12, 2012

Jurus 1 GPLY

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku . Sifu aku menekankan akan bertapa peri pentingnya memahami gerak langkah GPLY. Juga sifu aku berkongsi bagaimana semasa sifu aku menjalani latihan beladiri dengan arwah Acik Bakar, maka sifu aku akan disuruh melakukan latihan jurus SATU ( 1 ) diulang ulang tanpa jemu jemu ! Di sini aku suka berkongsi sebenarnya jurus 1 adalah jurus asas dalam street fighting/peperangan ! Insyallah bilamana seorang pengamal Lian berjaya menguasai & mahir jurus 1 maka insyallah segala teknik asas street fighting sudah diperolehi oleh pengamal Lian tersebut. Sebenarnya ada satu teknik dalam GPLY yang memerlukan jika kita melancarkan tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanan kita maka pada masa yang sama anggota kaki kanan kita juga akan bergerak dengan melancarkan sepakkkan bola ke anggota kaki pihak lawan ! Juga sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana teknik pijak kaki dilaku dalam GPLY. Jika pihak lawan melangkah dengan anggota kaki kanannya dihadapan maka kita akan meMIJAK anggota kaki kanan pihak lawan tersebut dengan menggunakan anggota kaki kanan kita ! Pada masa yang sama, kita akan menolak anggota badan pihak lawan ke belakang ! Akibatnya pihak lawan langsing tidak berpeluang & mampu untuk bertindak balas ! Sifu aku juga berkongsi tentang sebenarnya dalam pertempuran street fighting/perang, pengamal GPLY akan menyasarkan anggota MATA pihak lawan dengan menyucuknya menggunakan anggota ibu jari @ 2 batang jari ! Sebenaranya teknik cucukkan ke anggota mata ini teramatlah bahayanya kerana boleh mengakibatkan mangsa kita buta ! Selamat menuntut ilmu & beramal.. Wassalam.. Basteng

Sunday, June 10, 2012

Lutut : Anggota keras di tubuh utk close combat

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah aku suka berkongsi akan keistimewaan beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang aku sedang belajar ini. Seorang pengamal beladiri GPLY sentiasa akan bersiap siaga untuk menggunakan anggota teknik anggota lutut ini dalam pertempuran! Kita tidak boleh meramal bila kita perlu menggunakan ilmu beladiri kita iaitu mungkin di kompleks beli belah, di jalan raya hatta maupun di dalam rumah kita sendiri ! Tup tup semasa kita membuka pintu pagar luar rumah, secara tiba tiba kita didatangi oleh tetamu yang tidak diundang yang memang berniat mencederakan diri kita iaitu untuk merompak/membunuh/menculik maka pada masa itulah pentingnya ilmu beladiri untuk digunakan ! Pada masa tersebut kita tiada masa untuk memikirkan apa buah yang ingin digunakan ! Janji kita mesti protect ourself in whatever situation. Kita cedera/mati atau pun sipenyerang kita yang cedera/mati ! Dalam pertempuran jarak dekat, teknik pergunaan anggota lutut dalam membuat serangan adalah sangat berkesan kerana dalam jarak yang rapat pergunaan anggota lutut & anggota siku akan memainkan peranan ! Bila jarak pertempuran sangat rapat maka pergunaan anggota tangan untuk membuat tumbukkan & juga sepakkan anngota kaki sudah tidak boleh digunakan lagi ! Aku perhatikan strategi sifu aku ialah bilamana pihak lawan masuk, dia juga dengan pantas akan masuk juga kerana sifu aku lebih gemar & memilih pertempuran jaak dekat& rapat giler ! Aku boleh jamin sesiapa yang boleh elak serangan anggota siku & lutut sifu aku maka aku akan tabik spring kepadanya ! :) Untuk perkongsian, bila serangan anggota lutut disasarkan kepada sasaran anggota lutut/penyawa/peha pihak lawan maka akan diikuti dengan serangan anggota siku pula ! (teknik anggota siku kapak, teknik siku helang, teknik siku terbalik , teknik angkat siku & teknik siku sendeng ! ) Biasanya bila pihak lawan masuk menyerang, maka kita akan lari ! Tetapi apa yang sifu aku ajar kepada aku ialah jika kita melihat pihak lawan masuk menyerang maka pada masa yang sama secara pantas kita juga akan masuk menyerang juga secara rapat lagi! Ganas & brutal boh ! Di bawah ini adalah beberapa teknik yang juga ada di dalam GPLY ! Teknik patah & lembut GPLY ! Harap kita semua dapat memperolehi ilmu daripada artikel tersebut . http://apittman.com/blog/about/misc-articles/w-e-fairbairn Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Wednesday, June 6, 2012

Doa Haikal

Assalamualaikum w.b.t... Biasanya orang yang belajar buah pukul ini bertujuan untuk " street fighting " ! Buah Pukul ini adalah ilmu untuk perang ! Macam kisah aku pula as sebab aku belajar Buah Pukul , Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) ini iaitu belajar secara mengadap face-to-face dengan sifu aku kerana aku sudah bertekad iaitu apa pun yang terjadi aku mesti berdepan dengan jiran aku yg psiko/gila tersebut ! Penat & letih jika kita mempunyai jiran yang psiko/jahat yang secara sengaja membuat provokasi dengan membuat gangguan iaitu secara selamba membuli/meludah/menghempas pintu rumahnya/memasang alarm rumahnya secara non-stop/memasang radio secara kuat mengala ke rumah kita dari jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam & 1001 provokosi yang menyakitkan hati kita ! Maaf berkongsi aku sememangnya sudah nekad sama ada kepala aku dipotong @ pun kepala dia yang akan kena potong ! Selama 8 tahun aku sabar dengan kerenah/provokasi dari Hamba Allah itu. Tiada sesiapa yang boleh membantu kecuali ALLAH s.w.t & diri kita sendiri ! Nak harapkan polis, MPSJ, jiran tetangga lain...payah Boh ? Siapa ambil peduli & mengetahui pasai penderitaan psikilogi/mental yang kita sedang hadapi ! Aku suka berkongsi, tiap tiap hari tanpa gagal aku mesti akan membaca ayat pendinding iaitu : 1. Surah Al-Fatihah 2. Lima ayat pertama surah Al-Baqarah 3. Ayatul Kursi ( ayat 255-257 ) 4. Tiga ayat terakhir surah Al-Baqarah ( ayat 284-286 ) Agar ALLAH S.W.T bagi kekuatan hati bagi aku menghadapi ujian ini. Insyallah aku berazam untuk beramal dengan Doa Haikal ! Doa Haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut: 1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255); 2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80; 3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286; 4. Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85; 5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27; 6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan 7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52 Tanya lah ustaz jika ingin mengetahui tentang fadihalatnya ! Alhamdulillah, berkat aku belajar setiap hari dengan mengadap sifu aku maka alhamdulillah aku sempat berpeluang "menjemput" si jiran psiko/jahat aku itu untuk bertarung face-to-face ! Aku cakap kat si psiko itu, jika dia benar benar GANGSTER maka aku cadangkan agar masing masing sign kontrak MATI untuk fighting yang boleh disaksikan oleh semua pihak ( pihak keluarga/jiran tetangga/polis/lawyer & etc ).. Jadi, masing masing berpeluang untuk memilih apa senjata yang diperlukan ! Untuk makluman, perkara ini adalah serious & bukannya secara main main kerana provokasi yang dibuat oleh si Jiran aku tersebut adalah konsisten selama bertahun tahun lamanya ! Di ringkaskan, alhamdulillah dengan berkat ilmu beladiri campur yang ala ala Wing Chun ( IP Man ! ), Muay Thai,Krav Maga, Silat, Karate, Aikido & macam macam beladiri ini, ALLAH s.w.t masih izinkan aku tinggal di bumi Dia ini. ! ALLAH Huakhbar! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

Sunday, June 3, 2012

Mixed Martial Arts

Assalamualaikum w.b.t... Setakat ini antara pelakon filem aksi yang aku sangat minat ialah Jason Statham ! Jason Statham ini adalah aktor filem Transporter ! Setahu aku Jason ini adalah pengamal Mixed Martial arts iaitu dia mahir dalam bela diri Win Chun , karate & kickboxing ! Seorang lagi aktor filem aksi yang aku minat ialah Steven Siegel yang memang terkenal dengan kemahiran dalam beladiri Aaikido ! Selamat menuntut ilmu & beramal.. Wassalam.. Basteng