Tuesday, June 12, 2012

Jurus 1 GPLY

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku . Sifu aku menekankan akan bertapa peri pentingnya memahami gerak langkah GPLY. Juga sifu aku berkongsi bagaimana semasa sifu aku menjalani latihan beladiri dengan arwah Acik Bakar, maka sifu aku akan disuruh melakukan latihan jurus SATU ( 1 ) diulang ulang tanpa jemu jemu ! Di sini aku suka berkongsi sebenarnya jurus 1 adalah jurus asas dalam street fighting/peperangan ! Insyallah bilamana seorang pengamal Lian berjaya menguasai & mahir jurus 1 maka insyallah segala teknik asas street fighting sudah diperolehi oleh pengamal Lian tersebut. Sebenarnya ada satu teknik dalam GPLY yang memerlukan jika kita melancarkan tumbukkan dengan menggunakan anggota tangan kanan kita maka pada masa yang sama anggota kaki kanan kita juga akan bergerak dengan melancarkan sepakkkan bola ke anggota kaki pihak lawan ! Juga sifu aku memberi tunjuk ajar bagaimana teknik pijak kaki dilaku dalam GPLY. Jika pihak lawan melangkah dengan anggota kaki kanannya dihadapan maka kita akan meMIJAK anggota kaki kanan pihak lawan tersebut dengan menggunakan anggota kaki kanan kita ! Pada masa yang sama, kita akan menolak anggota badan pihak lawan ke belakang ! Akibatnya pihak lawan langsing tidak berpeluang & mampu untuk bertindak balas ! Sifu aku juga berkongsi tentang sebenarnya dalam pertempuran street fighting/perang, pengamal GPLY akan menyasarkan anggota MATA pihak lawan dengan menyucuknya menggunakan anggota ibu jari @ 2 batang jari ! Sebenaranya teknik cucukkan ke anggota mata ini teramatlah bahayanya kerana boleh mengakibatkan mangsa kita buta ! Selamat menuntut ilmu & beramal.. Wassalam.. Basteng

No comments: