Saturday, June 16, 2012
Elak Sebutir Padi & teknik tendangan sepak bola
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah aku suka berkongsi akan satu istilah yang aku dengar daripada Sifu aku iaitu " elak sebutir padi" !
Ini membawa maksud sudah betapa dekatnya pukulan tumbukkan/tikaman/sepakkan hampir mengenai diri kita tetapi alhamdulillah tumbukkan/tikaman/sepakkan tersebut masih mampu dielakkan oleh kita iaitu serangan tersebut tidak mengenai diri kita atau jika kena pun , pukulan tersebut tidak akan memberi bekas atau membuat kita menderita sakit !
Lihatlah akan photo di bawah bagaimana teknik "elak sebutir padi" boleh dibuat iaitu jika pihak lawan melakukan tumbukkan menggunakan anggota tangan kanan atau pun kiri ke arah anggota muka kita, maka kita dengan pantas akan mengelakkkan wajah kita sambil tumbukkan anggota tangan kanan/kiri dilancarkan dengan pantas/padu/tepat ke anggota rusuk kanan/kiri pihak lawan !
Seterusnya diikuti dengan serangan anggota siku/lutut/kaki dilancarkan bertali arus tanpa henti henti sehinggalah pihak lawan jatuh tersembam makan pasir tidak bermaya !
!
Cantikknya kita lumpuhkan terus pihak lawan tersebut dengan cara kita mematahkan sendi lutut/jari/tangan/siku/bahu/hidung pihak lawan terlebih dahulu!
Sifu aku berkesempatan memberi tunjuk ajar bagaimana teknik serangan sepakkan anggota kaki boleh dilancarkan !
Caranya ialah kita boleh menggunakan mana mana anggota kaki kita untuk melakukan teknik tendangan sepak bola !
Tetapi keistimewaan teknik tendangan sepak bola ini ialah mula- mula memerlukan kita menyasarkan serangan dengan sepakkan teknik tendang bola dibuat terus ke anggota kaki depan ( bahagian buku lali ! ) pihak lawan yang belum sepenuhnya berpijak penuh ke bumi !
Ini akan mengakibatkan pihak lawan off balance @ tidak stabil !
Seterusnya dengan pantas diikuti pula dengan teknik tendangan sepak bola dengan menggunakan anggota kaki kita yang satu lagi ke sasaran anggota kaki pihak lawan ( di bahagian atas anggota betis anggota kaki yg sama atau pun anggota kaki yang satu lagi ! ) !
Jika teknik double tendangan sepak bola ini dilakukan , insyallah kita mampu melumpuhkan pihak lawan dalam masa yang pantas tanpa mengira saiz badan lawan kita !
Perlu diingat disini ialah teknik tendangan sepak bola ini pertama sekali menyasarkan tendangan sepakkan dilakukan ke bahagian bawah anggota kaki pihak lawan iaitu di bahagian buku lali kaki.
Di ikuti dengan teknik tendangan sepak bola kali ke dua disasarkan pula ke bahagian atas iaitu di bahagian betis/sendi anggota lutut/penyawa/perut pihak lawan pula !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam.
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment