Saturday, June 23, 2012

Ilmu Bela Diri - Tulang 4 kerat

Assalamualaikum w.b.t. Dalam kita menjalani kehidupan harian, kita tidak boleh lari untuk keluar rumah untuk mencari rezeki, bersiar siar dengan keluarga ke pusat membeli belah, menaiki lif, parking kereta & etc. Diri kita akan terdedah dengan risiko jika ada orang lain yang berniat jahat kepada kita iaitu mahu merompak/mencederakan diri kita. Oleh itu, di samping mengamalkan doa/ayat pelindung diri untuk melindungi diri kita & keluarga daripada kejadian yang tidak diingini maka kita juga hendaklah melengkapkan diri kita dengan ilmu bela diri tulang 4 kerat untuk mempertahankan diri kita & keluarga ! Ilmu bela diri tersebut hendaklah dapat digunakan walau dalam apa keadaan atau situasi ! Contohnya jika kita sedang membawa kereta dan secara tiba tiba belakang kereta kita dilanggar oleh kereta ! Bilamana kita baru sahaja keluar dari kereta, dengan tidak semena mena kita diserang oleh 3 lelaki ! Adakah pada saat tersebut kita mampu berhadapan dengan penyerang kita tersebut ! Atau adakah segala ilmu bela diri kita yang telah kita belajar sebelum ini boleh kita gunakan untuk menghadapi si penyerang tersebut ? Atau adakah segala ilmu bela diri yang kita belajar tersebut hilang kerana kita panik ! Tontonilah youtube di bawah bagaimana ganasnya gerakkan " patah sendi " di lakukan oleh Steven Seagal ! Lihat lah bagaimana teknik gerakkan Aikido yang digunakan oleh Steven Seagal untuk dia mengalah & menumpaskan lawannya iaitu dengan cara mematahkan sendi anggota badan lawannya ! Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam. Basteng

No comments: