Tuesday, June 19, 2012
Wooden Dummy @ Orang Kayu & Urat Saraf
Assalamualaikum w.b.t
Lihatlah dalam YouTube di bawah bagaimana sifu aku memberi tunjuk ajar tentang teknik anggota siku & lutut & kaki dengan menggunakan Orang Kayu.
Teknik ini sesuai & berkesan untuk pertempuran jarak dekat.
Sifu aku pernah berkongsi bagaimana sebenarnya dia amat terkilan kerana semasa dia menuntut GPLY dengan gurunya iaitu Arwah Acik Bakar, dia tidak belajar tentang teknik Urat Saraf !
Pada masa tersebut, sifu aku berpandangan menguasai & mengetahui ilmu urat saraf adalah tidak perlu. Sifu aku lebih suka akan teknik Gerak & Pukul Lian yang akan mengakibatkan mangsa berdarah/patah !
Sebenarnya sesiapa yang menguasai ilmu urat saraf yang ada kedapatan di tubuh seorang manusia ini, akan mempunyai kelebihan yang banyak dalam pertempuran street fighting !
Ini di sebabkan, dengan menyasarkan ke urat saraf tertentu sahaja seperti saraf di bahagian anggota tangan, maka pihak lawan yang memegang senjata tidak mampu bergerak untuk melancarkan serangan sekiranya titik saraf di anggota tangan yang memegang erat senjata tersebut di cucuk !
Aku menemui satu blog yang mengupas dengan terperinci tentang ilmu beladiri.
http://chulahitam.blogspot.com/
Penulis blog ini adalah daripada aliran bela diri silat Gayong !
Juga satu blog menarik yang mengupas secara terperinci tentang ilmu saraf !
http://acupressure-tiktam.blogspot.com/
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment