Sunday, June 10, 2012

Lutut : Anggota keras di tubuh utk close combat

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah aku suka berkongsi akan keistimewaan beladiri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY , Lian Campur ) yang aku sedang belajar ini. Seorang pengamal beladiri GPLY sentiasa akan bersiap siaga untuk menggunakan anggota teknik anggota lutut ini dalam pertempuran! Kita tidak boleh meramal bila kita perlu menggunakan ilmu beladiri kita iaitu mungkin di kompleks beli belah, di jalan raya hatta maupun di dalam rumah kita sendiri ! Tup tup semasa kita membuka pintu pagar luar rumah, secara tiba tiba kita didatangi oleh tetamu yang tidak diundang yang memang berniat mencederakan diri kita iaitu untuk merompak/membunuh/menculik maka pada masa itulah pentingnya ilmu beladiri untuk digunakan ! Pada masa tersebut kita tiada masa untuk memikirkan apa buah yang ingin digunakan ! Janji kita mesti protect ourself in whatever situation. Kita cedera/mati atau pun sipenyerang kita yang cedera/mati ! Dalam pertempuran jarak dekat, teknik pergunaan anggota lutut dalam membuat serangan adalah sangat berkesan kerana dalam jarak yang rapat pergunaan anggota lutut & anggota siku akan memainkan peranan ! Bila jarak pertempuran sangat rapat maka pergunaan anggota tangan untuk membuat tumbukkan & juga sepakkan anngota kaki sudah tidak boleh digunakan lagi ! Aku perhatikan strategi sifu aku ialah bilamana pihak lawan masuk, dia juga dengan pantas akan masuk juga kerana sifu aku lebih gemar & memilih pertempuran jaak dekat& rapat giler ! Aku boleh jamin sesiapa yang boleh elak serangan anggota siku & lutut sifu aku maka aku akan tabik spring kepadanya ! :) Untuk perkongsian, bila serangan anggota lutut disasarkan kepada sasaran anggota lutut/penyawa/peha pihak lawan maka akan diikuti dengan serangan anggota siku pula ! (teknik anggota siku kapak, teknik siku helang, teknik siku terbalik , teknik angkat siku & teknik siku sendeng ! ) Biasanya bila pihak lawan masuk menyerang, maka kita akan lari ! Tetapi apa yang sifu aku ajar kepada aku ialah jika kita melihat pihak lawan masuk menyerang maka pada masa yang sama secara pantas kita juga akan masuk menyerang juga secara rapat lagi! Ganas & brutal boh ! Di bawah ini adalah beberapa teknik yang juga ada di dalam GPLY ! Teknik patah & lembut GPLY ! Harap kita semua dapat memperolehi ilmu daripada artikel tersebut . http://apittman.com/blog/about/misc-articles/w-e-fairbairn Selamat menuntut ilmu & beramal. Wassalam.. Basteng

No comments: