Tuesday, June 26, 2012
Teknik Jurus BerKembar ( paras atas & bawah )
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku.
Berpeluanglah aku menerima tunjuk ajar secara lebih mendalam dari sifu aku tentang bagaimana teknik serangan kombinasi menggunakan anggota kaki / lutut / siku / tangan boleh dilancarkan kepada pihak lawan !
Sifu aku menekankan peri pentingnya teknik serangan berkembar ATAS & BAWAH dilancarkan secara serentak !
Contohnya jika serangan memijak anggota kaki pihak lawan dilakukan maka kombinasi kembarnya ialah kita meNARIK/NOLAK anggota ruas lengan tangan pihak lawan !
Juga sekiranya kita dalam posisi yang berjarak rapat maka teknik serangan anggota siku ( siku kapak, siku sendeng, siku helang & etc ) akan digunakan. Maka kembarnya ialah teknik serangan menggunakan anggota lutut kita iaitu kita akan meNURUN/NGUIS/JENTAT anggota lutut kita ke bahagian sasaran anggota sendi lutut pihak lawan !
Perlu diingatkan di dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) ini, pihak lawan mesti akan jatuh tersembam ke bumi @ makan pasir !
Kebiasaanya jika seseorang melancarkan serangan dengan menggunakan anggota tangan maka pihak lawan mampu lagi mengelak serangan tersebut.
Tetapi jika serangan dari aras bawah ( anggota kaki & lutut ) & aras atas ( anggota siku & tangan ) dilancarkan secara serentak maka akibatnya mengikut lumrah alam, serangan kita tersebut pasti akan menemui sasaran !
Contohnya, pihak lawan masih mampu mengelak/menepis serangan yang dilancarkan di bahagian atas ( anggota tangan & siku ) tetapi si pihak lawan tidak akan mampu mengelak serangan yang dilancarkan di bahagian paras bawah iaitu yang menggunakan anggota kaki & lutut !
Oleh itu, latihan gerak pukul lian hendaklah senantiasa dilakuka dengan menggunakan Orang Kayu !
Ini bertujuan untuk kita lagi memahami akan pergerakkan anggota tubuh kita iaitu pergerakkan anggota kaki & tangan kita yang akan masuk serentak untuk melumpuh & menumpaskan pihak lawan !
Juga kita akan lagi faham di mana kawasan titik serangan yang akan dilancarkan agar segala serangan yang kita lakukan adalah berkesan !
Aku perhatikan bagaimana sifu aku sering menitik berat & berkongsi bagaimana seharusnya seorang pengamal lian menyasarkan pukulan secara menghentak/cucuk di lancarkan ke anggota ruas/sendi :
1. Anggota kaki
2. Anggota tangan
3. Anggota bahu
4. Aanggota siku
5. Anggota lutut
Petua di sini ialah di mana anggota pihak lawan memegang @ melancarkan serangan maka anggota lawan tersebutlah yang seorang pengamal Lian akan menyerangnya bertubi tubi sehingga pihak lawan tidak mampu lagi untuk memegang/mengengam senjata !
Di samaping semua titik lemah/anggota sendi seperti di atas, maka kawasan titik sasaran seorang perngamal lian ialah :
1. Anggota rusuk kanan @! kiri
2. Anggota kepala.
( a) Cucuk mata,
( b ) ludah air liur ke bahagian anggota mata
( c )sembur/baling pasir ke anggota mata pihak lawan
( d ) Cucuk ke anggota halkum/leher/saluran pernafasan !
( e ) Tumbuk / tanpar ke anggota telinga
( f ) Menggunakan ibu tangan/tapak anggota tangan dengan mengangkat anggota hidung lawan ke atas !
3. Anggota penyawa
4. Anggota ulu hati/dada
Jika pihak lawan menyerang dengan melakukan tendangan secara bola @ tendangan secara lurus maka anggota kaki yang melakukan serangan tersebutlah akan kita buat pukulan hentaman secara bertubi tubi dengan menggunakan anggota tangan @ siku @ lutut kita !
Silalah surf link di bawah untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang bela diri Krav Maga ini !
http://www.kravmagatallahassee.com/
Principles of Krav Maga :
Expect anything - there are no rules when you are being attacked
Use the body's natural reflexes in the defensive motion
Defend and attack in the minimum time required
Use the body's natural weapons as well as ordinary objects
Exploit the human body's most vulnerable spots
Target your opponent's weaknesses-never put power against power
Take no defensive action without an offensive action
Avoid injury
Selamat menuntut ilmu & beramal..
wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment