Suka berkongsi akan peri pentingnya jurus 2 dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) .

Jurus 2 berkisar tentang pergunaan anggota siku.

Apa yang aku pelajari selama ini dengan Cifu aku tentang jurus 2 LIAN ini, antara gerakkan yang merbahaya kerana dengan cara menyendeng maka kita akan masuk dengan jurus 1 dengan menghunuskan anggota siku kita ke anggota muka/leher/dada/ulu hati pihak lawan !
Contoh teknik yang betul ialah bilamana anggota tangan kanan melancarkan serangan siku dalam jurus 2 maka anggota tangan kiri akan menjadi support iaitu berfungsi seperti penukul ! Dengan meletakkan anggota tapak tangan kiri ke penumbuk anggota tangan kanan !

Insyallah aku berkeyakinan aku boleh memahirkan dalam jurus 2 ini.

Selamat menuntut ilmu & beramal..
*Nota : aku bercuti sehingga selasa ini..Cuti-cuti Malaysia . Insyallah doakan semuanya dimudahkan oleh ALLAH S.W.T..
Wassalam..
Basteng
No comments:
Post a Comment