Suka berkongsi tentang satu teknik bilamana seorang pahlawan Samurai Jepun memegang pedang samurai.
Teknik memegang pedang samurai iaitu dengan menggunakan ke dua dua anggota tangan kita iaitu 1 anggota tangan yang memegang bilah pedang samurai berada di posisi di bahagian bawah dan 1 lagi anggota tangan berada di atas iaitu seperti kedudukkan dalam photo di bawah.

Oleh itu, penuntut LIAN bilamana memegang apa jenis senjata pun sepatutnya akan menggunakan teknik seperti teknik memegang pedang samurai!

Anggota tangan yang berada di bahagian kedudukkan posisi atas, sebenarnya hanya perlu diangkat melunsur ke atas sahaja ( sudut 45% ) bilamana ada serangan tumbukkan dilancarkan oleh pihak lawan!

Seharusnya dengan teknik ini dengan mudah kita boleh mematahkan serangan tumbukkan yang dilancarkan oleh pihak lawan !
Dari cara teknik memegang pedang samurai ini juga , kita boleh melancarkan serangan ke arah anggota muka/dada pihak lawan iaitu dengan cara kita menghentak dengan melancarkan serangan ulu pedang samurai.
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
No comments:
Post a Comment