Sunday, June 12, 2011

Teknik pukulan kaki terbalik

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah suka berkongsi akan satu teknik pukulan anggota kaki yang aku namakan sebagai teknik pukulan kaki terbalik!



Teknik pukulan kaki terbalik ini boleh dilancarkan iaitu contohnya bilamana jika kita mengadap face-to-face dengan lawan kita dari sisi depan, maka kita akan melangkah secara bersilang iaitu jika langkahan selangkah dibuat dengan anggota kaki kiri dan sambil kita merendahkan sedikit anggota badan kita, maka pukulan kaki terbalik akan dilancarkan dengan menggunakan anggota tumit kaki kanan dengan menghentam ke arah anggota sendi lutut/kaki/penyawa pihak lawan !



Sebenarnya teknik pukulan kaki terbalik ini adalah tanpa disangka sangka oleh pihak lawan iaitu teknik serangannya lebih kurang teknik pukulan siku terbalik !



Yang aku teruja kerana dalam LIAN yang aku belajar ini, macam macam teknik pukulan yang aku boleh katakan seperti tidak terfikir pun oleh akal fikiran kita tetapi sebenarnya berkesan di dalam street fighting !



Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam..

Basteng

No comments: