Thursday, June 16, 2011

Serangan anggota lutut

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah suka berkongsi tentang satu teknik gerakkan LIAN yang aku berpendapat antara salah satu teknik tempur yang PELIK yang pernah aku pelajari!

Aku kata PELIK kerana teknik gerakkan ini adalah bertumpu kepada serangan menggunakan anggota lutut kita !

Teknik pukulan LIAN yang aku maksudkan ini dilakukan dengan cara kita me"nurun"kan anggota lutut kita yang berada di bahagian kaki hadapan iaitu dengan cara kita mengangkat anggota tumit kita tanpa menyentuh bumi tetapi hujung anggota jari kaki adalah bertapak di bumi!



Seterusnya, "hentakkan " akan dilancarkan menggunakan anggota lutut kita tersebut ke anggota sendi lutut ( bahagian dalam )

Target anggota lutut kita yang di"turun"kan tersebut adalah ke bahagian anggota sendi lutut yang di bahagian dalam pihak lawan ( kaki hadapan ) sambil selepas itu anggota kaki kita yang melancarkan serangan "turun" lutut tersebut akan menyucuk/pukul anggota sendi lutut pihak lawan yang satu lagi!

Sebenarnya jika betul teknik "turun" lutut ini dilancarkan oleh kita, maka kesan serangan tersebut akan membuat pihak lawan kita akan mengalamai kesakitan yang teramat sangat & juga pihak alwan akan mengalami "patah"/"tergeliat" sendi lutut !

Teknik "turun lutut" ini sebenarnya perlukan amalan latihan yang berterusan untuk dikuasai.

Perlu diingati, serangan serentak iaitu dari anggota bawah iaitu anggota kaki / lutut dengan serangan anggota tangan/siku MESTI lah di gerakkan !

Ini lah Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) !

Semua anggota bergerak serentak semasa seorang pengamal LIAN bertempur !

SUBHANALLAH !
ALHAMDULILLAH!
ALLAH HU AKHBAR !

ALLAH s.w.t sudah jadikan senjata yang lengkap pada tubuh badan kita. Tugas kita sebagai manusia untuk mengali & belajar bagaimana "senjata 11 anggota badan " kita boleh di guna dan di amalkan !

Tiada jalan pintas iaitu kena belajar!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: