Monday, June 27, 2011

Pijak Kaki !

Assalamualaikum w.b.t...

Aku mendapat panggilan telepon dari Cifu aku tengah hari tadi berkenaan majalah Seni Beladiri keluaran terkini iaitu bulan July.

Aku dapat gambarkan betapa seronoknya Cifu aku iaitu daripada bunyi nada suara dia kerana tajuk utama majalah Beladiri bulan July ini ialah rakan seperguruannya sendiri iaitu semasa dia menuntut dan belajar ilmu Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) di Jengka 2, Pekan , Pahang dalam tahun 1980 an!

Syukur alhamdulillah, aku doakan semoga hasrat Cifu aku untuk menghubungi rakan seperguruannya yang sudah lama terputus hubungan akan dapat di laksanakan .

Esok insyallah panjang umur, aku merancang untuk mengadap Cifu aku bagi memahirkan lagi teknik siku terbalik LIAN !



Aku pun sudah ingat ingat lupa bagaimana teknik pukulan siku terbalik LIAN yang sebetulnya. Seingat aku pukulan anggota siku terbalik dilancarkan di bahagian anggota bawah pihak lawan ( perut/dada/rusuk ) baru diikuti dengan pukulan siku terbalik anggota tangan yang satu lagi yang dilancarkan dibahagian anggota atas pihak lawan ( leher/muka/badan ) !



Apa apa pun mungkin aku kena melihat balik nota posting aku yang terdahulu yang berkenaan teknik Siku Terbalik LIAN !



Gerakkan serangan Arwah Acik Bakar ( Guru pada Cifu aku ) adalah seperti tak logik kerana ada antara gerakkannya ialah dia akan memijak anggota jari kaki & kaki pihak lawan !

Cuba bayangkan bilamana kita masuk dari sisi kanan (anggota kaki kanan kita di hadapan ) , maka arwah Acik Bakar dengan selamba sahaja akan memijak hujung jari anggota kaki kanan kita tersebut dengan menggunakan anggota kaki kirinya !

Akibatnya sudah tentulah kita tidak mampu berbuat apa apa kerana dengan sepantas kilat juga dengan menggunakan angota kaki kanan nya yang masih hidup maka arwah Acik Bakar akan menekan/yepak sendi anggota lutut kaki kiri kita yang masih teguh berdiri di bumi!



Akibatnya kita akan jatuh tergeliat/patah anggota sendi lutut !

Nampak macam tak aci tekniknya tetapi di dalam pertempuran sama ada pertempuran dijalanan atau pun dalam peperangan, matlamat utama adalah lawan mesti ditumpaskan tanpa mendatangkan kecederaan kepada kita.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: