Assalamualaikum w.b.t...
Teknik patah dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) ada beberapa teknik. Antaranya ialah :
1. Pihak lawan melancarkan tumbukkan anggota tangan kanan maka kita akan menyambutnya dengan anggota tangan kiri kita akan men"yentuh" sikit anggota tangan kanan pihak lawan. Sambil dengan menggunakan anggota sendi siku kanan kita iaitu dalam kedudukan tegak iaitu penumbuk anggota tangan mengadap ke atas, sambil kita menghentak dengan menggunakan anggota siku kita terus ke anggota rusuk kanan pihak lawan, maka sambil anggota tapak kaki kanan kita di gerakkan ke belakang atau ke arah hadapan, maka hasilnya pihak lawan kita akan tergeliat/patah sendi lengan/sikunya !
Teknik patah seperti di atas sebenarnya langsung tidak memerlukan kita untuk menangkap/memegang anggota tangan/lengan pihak lawan ! Kita kena memahirkan diri untuk mencari SENDI anggota lawan !
2. Pihak lawan melancarkan serangan tumbukkan/bersenjata dengan menggunakan anggota tangan kanan. Maka kita akan menyambutnya dengan ber"gayang"/"elak" iaitu dengan menganggarkan anggota penumbuk tangan kanan lawan kita telah melepasi anggota bahu kanan kita, maka kita akan mendakap anggota pihak lawan tersebut dengan menggunakan anggota lengan kanan kita sambil anggota tangan kiri kita akan menekan anggota sendi tangan kanan pihak lawan sampai patah/tergeliat !
Dari teknik Junjung Langit, ini salah satu teknik gerakkan yang sepatutnya mudah dan senang untuk di amalkan untuk mematahkan terus serangan tumbukkan atau serangan bersenjata daripada pihak lawan .
Caranya ialah contohnya bilamana pihak lawan bergerak untuk masuk menyerang dari sisi kanan iaitu dengan posisi menetak iaitu dengan menghayun senjata seperti parang, maka kita dengan pantas akan masuk dengan posisi jurus 1 sambil menggunakan lengan anggota tangan kanan yang berhampiran dengan otot anggota siku kanan iaitu dengan cara kita mengangkatnya ke atas iaitu seperti teknik memegang pedang samurai Jepun + Tunjuk Langit !
Teknik ini memerlukan kita masuk dengan anggota badan kita sekali iaitu masuk dengan bertapak seperti gerakkan jurus 1 ( photo di atas ) !
Akibatnya, gerakkan pihak lawan akan dimatikan dengan serta merta iaitu pihak lawan tidak berpeluang langsung untuk bertindak balas.
Selamat menuntut ilmu & beramal..
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment