Thursday, June 30, 2011

Teknik gerakkan Kuis Kaki/lutut guna anggota lutut

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah aku berpeluang menuntut beberapa teknik baru dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) .



Point yang penting yang aku ingin kongsi di sini ialah dalam proses untuk memperolehi ilmu maka proses mengadap guru/Cifu mesti diamalkan. Jika tidak mengadap, maka macam mana ilmu nak diturun dan dikongsi oleh seorang guru kepada murid nya?



Antara teknik baru yang aku belajar ialah teknik yang aku namakan sebagai Kuis Kaki dengan guna anggota lutut !

Teknik ini sebenarnya adalah salah satu gerakkan rahsia dalam lian!Insyallah dengan menggunakan gerakkan teknik ini akan menyebabkan pihak lawan terperangkap kerana pihak lawan kita sekali kali tidak akan menyangka sebenarnya serangan Kuis Kaki guna anggota lutut kita ini amat merbahaya sekali !

Contohnya jika kita sedang berdiri dengan anggota badan kita lurus dan kita berada di dalam posisi "senam diri", dan dengan tiba tiba sahaja pihak lawan masuk menyerang dengan anggota kaki kanannya berada dihadapan, maka kita perlu melangkah 1 tapak ke belakang anggota kaki kanan kita.



Sambil anggota kaki kiri kita akan berada di hadapan iaitu di dalam kedudukan posisi jurus 1! Dengan gerakkan mengesut/lungsur secara pantas iaitu dengan menggunakan anggota lutut kiri kita akan mencari anggota kaki/lutut kanan pihak lawan untuk diKUIS/TEKAN sampai anggota sendi lutut lawan kita patah/tergeliat !

Sebenarnya samaada anggota kaki kiri atau kanan yang digunakan untuk menGUIS/NEKAN itu adalah boleh semuanya. Jadi teknik Kuis Kaki guna anggota lutut kita ini adalah boleh diamalkan untuk ke dua dua belah anggota kaki samaada anggota kaki kanan atau pun kiri.

Kombinasi serentak serangan teknik Kuis Kaki guna anggota lutut ini ( serangan di bahagian paras bawah ) dan serangan menggunakan anggota tangan dan siku ( serangan di bahagian paras atas ) akan memerangkap pihak lawan kerana pihak lawan langsung tidak berpeluang untuk membuka/membuat serang balas !

Teknik serangan LIAN sebegini bagi pendapat aku teramatlah unik & istimewa kerana aku percaya tiada teknik sebegini didalam bela diri yang lain ! SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAH HU AKHBAR !

Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam..

Basteng

No comments: