Friday, June 10, 2011

Teknik pernafasan : Nafas Melayu

Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah suka berkongsi tentang teknik pernafasan yang aku namakan sebagai Nafas Melayu.

http://bilanagaberlabuh.blogspot.com/2010/12/rawatan-sakit-jantung.html




Teknik ini diajar oleh Cifu aku semasa aku mengadap dia untuk belajar Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY )

Photo di bawah ini hanyalah gambar hiasan. Nak belajar Nafas Melayu, kena mengadap Cifu face-to-face !



Teknik Nafas Melayu ini penting kerana dengan teknik dan cara pernafasan yang betul maka kesannya ialah pengamal LIAN boleh menahan sakit iaitu semasa menerima pukulan dari pihak lawan !



Caranya ialah kita akan menarik/menyedut nafas secara perlahan iaitu menyedut nafas melalui anggota hidung sambil kita menahan nafas ! Jika teknik yang betul dilakukan maka bilamana saat kita menahan nafas tersebut, maka anggota tubuh kita akan menjadi PEJAL/KENYAL iaitu seperti tayar yang telah berisi dengan angin. Bila kita menumbuk/menikam tayat tersebut, maka tangan kita akan melantun !



Hasilnya, bilamana pihak lawan melancarkan serangan tumbukkan atau pun tikaman maka bilamana tumbukkan tersebut mengenai pada anggota tubuh kita seperti kena pada anggota perut maka kesakitan yang terhasil akibat daripada tumbukkan lawan kita tersebut akan dapat diatasi kerana kita akan berasa tidak sakit.

Setahu aku latihan menahan kesakitan dengan teknik pernafasan ini banyak diamalkan oleh pengamal Sholin !



Untuk menguasai teknik pernafasan Nafas Melayu ini maka tiada jalan pintas. Latihan demi latihan kena diamalkan sehinggalah kita berjaya menguasai teknik Nafas Melayu.

Sebenarnya aku pun baru nak mengamalkannya!

Suka berkongsi akan teknik Senaman Melayu ! Senaman ini sememangnya elok untuk diamalkan oleh semua.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Senaman_tradisi_Melayu

Selamat menuntut ilmu & beramal.

Wassalam..

Basteng
Skype : basteng04

No comments: