Assalamualaikum w.b.t..
Seorang pengamal LIAN kenalah bersifat menyimpan kuku .
Maksudnya disini, seorang pengamal LIAN tidak boleh bersikap bongkak dan merasa diri besar.
Ilmu LIAN yang dipelajari hanya boleh digunakan jika keadaan memerlukan dan terdesak seperti dalam keadaan berbahaya iaitu dalam keadaan nyawa terancam iaitu seperti menghadapi situasi persoalan antara hidup & mati. Juga jika maruah & harga diri dalam taruhan, maka ilmu LIAN yang dipelajari boleh digunakan.
Seperti yang aku pernah kongsi, teknik pukulan kegemaran Cifu aku ialah Cifu aku akan melancarkan satu pukulan anggota tangan yang padu ke arah anggota rusuk kiri/kanan pihak lawan. Seterusnya Cifu aku akan masuk mara kedepan dengan jurus 1 iaitu dengan melancarkan teknik siku kapak terus ke anggota dada/muka pihak lawan.
Posisi Jurus 1 LIAN
===================
Teknik Siku Kapak
=================
Teknik ini sebenarnya adalah amat berkesan untuk Street Fighting.
*Nota : Aku bercuti sakit selama 2 minggu lepas kerana demam panas & Tonsil. Sempat jugalah masuk wad selama 3 hari, 2 malam. Kos perubatan sekitar RM 2500 .
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam basteng,
syukur anda dah kembali sihat.
Post a Comment