Wednesday, July 13, 2011

Sendeng siku ke anggota sendi lutut

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah berpeluang mengadap sifu aku pagi tadi walaupun hari hujan !

Berpeluanglah mempelajari beberapa teknik baru Lian.

Teknik ini sememangnya berkesan dan praktikal di dalam street fighting dan faktor saiz pihak lawan bukan menjadi faktor penentu !

Aku maksudkan walaupun pihak lawan bersaiz besar & tinggi gila maka kita yang bersaiz kecil ini masih mampu berlawan face-to-face untuk menumpaskannya !

Teknik yang pertama ialah dengan kedudukan posisi anggota tubuh kita yang rendah maka dengan menggunakan kombinasi jurus 10 dan jurus 11 Lian iaitu kita akan menggunakan anggota siku kita untuk menghentak sendi anggota lutut pihak lawan !


Untuk photo di bawah, serangan siku hendaklah dilancarkan menggunakan anggota siku terus ke anggota sendi lutut pihak lawan !




Caranya ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan, maka kita akan menyambutnya dengan kita terus turunkan anggota tubuh badan kita ke aras bawah sambil kita melangkah 1 tapak ke depan & kiri menggunakan anggota kaki kiri kita !

Sambil dengan posisi menyendeng, maka kita akan menyiku & menghentak anggota sendi lutut kanan pihak lawan dengan menggunakan anggota siku kiri kita sambil pada masa yang sama tangan kanan kita akan "menepuk" penyawa pihak lawan !

Akibatnya pihak lawan akan cedera parah kerana mengalami kecederaan di anggota sendi lutut kanan & anggota penyawanya !!!

Aku berpendapat teknik ini adalah antara teknik yang aku mesti mahir dan kuasai kerana dalam situasi street fighting yang sebenar, sebenarnya faktor sepantas mana kita mampu berfikir & mengambil tindakan akan menentukan samada kita boleh selamat atau sebaliknya !

Sementara aku suka berkongsi akan satu beladiri yang bernama sebagai Betakos !




Aku berpendapat semua bela diri adalah bagus. Cuma yang aku selalu ingatkan iaitu beladiri yang kita belajar dan amalkan mesti mampu dan membolehkan kita menggunakannya bilamana kita dalam keadaan terdesak !

Apalah gunanya kita belajar dan menuntut ilmu beladiri dari 10 guru yang handal handal tetapi bilamana kita hendak mengamalkannya, segala ilmu tersebut hilang dari minda ! Janji kita tahu dan ada ilmu tentang beberapa teknik beladiri yang mudah dan ringkas, tetapi berkesan dan kita boleh mengguna & mengamalkannya semasa saat kita memerlukannya!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

No comments: