Assalamualaikum w.bt.
Alhamdulillah, berkesempatan mengadap Sifu aku untuk mendalami beberapa teknik baru dalam Lian !
Jika kita menghadapi situasi yang mencemaskan yang boleh mengancam nyawa atau boleh mendatangkan kecederaan maka perkara pertama yang mesti dengan pantas kita buat ialah menganalisa sama ada berbaloi atau okay atau tidak untuk kita membuat keputusan untuk " steet fighting ".
Contohnya jika rumah jiran sebelah kita sedang dicerobohi oleh si pecah rumah iaitu siap datang dengan selamba sahaja dengan menggunakan sebuah lori, sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Juga dari pemerhatian kita bahawasanya kekuatan anggota kumpulan pecah rumah tersebut ada sekitar 7 orang maka jangan lah pula kita ingin menjadi seperti hero di dalam filem IP Man atau OMBAK untuk menghadapi 7 musuh sekaligus !
Cukuplah kita mendiamkan diri sahaja sambil kita membuat panggilan telepon ke balai polis untuk minta bantuan.
Jika untuk menghadapi orang perseorangan, eloklah dulu kita memerhati & membuat analisa samada lawan kita tersebut mempunyai anggota tangan @ siku @ kaki @ lutut yang hitam atau tidak ! Jika anggota tersebut hitam maka alamatnya eloklah kita mengundur diri atau cuba mengelak dari bertempur dengan mereka. Kecualilah kita berkeyakinan penuh dengan ilmu pertahanan diri yang kita ada boleh mengatasi pihak lawan, maka teruskanlah " street fighting " tersebut !
Tips di sini ialah kita jangan masuk membuta tuli & samborono sahaja tanpa usul periksa tentang kekuatan pihak lawan !
Aku suka berkongsi akan kepentingan anggota siku. Antara teknik yang berkesan ialah seperti teknik Siku Kapak. Ini bermaksud, bilamana pihak lawan bergerak hendak masuk menyerang, maka kita sudahpun melangkah masuk dengan mengangkat siku kita seperti gerakkan seorang hendak menyikat rambut !
Teknik Siku Kapak ini di lancarkan terus & tepat ke anggota dada/ulu hati/muka pihak lawan !
Gerakkan Lian yang aku pelajari hari ini adalah amat ringkas tetapi amat berkesan untuk menumpaskan pihak lawan.
Caranya ialah bilamana pihak lawan masuk hendak menyerang kita dari arah & sisi manapun maka kita akan menyambutnya dengan membuat 2 pukulan anggota tangan kanan dan kiri kita berturut turut & serentak terus ke anggota rusuk yang sama !
Sambil pada masa yang sama dengan kedudukan posisi badan kita di rendahkan maka kita akan melancarkankan serangan anggota kaki dengan meNEKAN ( cara TEKAN & HENTAM sebenarnya ialah 2 cara yang berbeza & mengdatangkan kesan yang berbeza! ) ke anggota sendi lutut pihak lawan yang berada di hadapan sambil dengan menggunakan anggota kaki yang sama, kita menCUCUK anggota sendi lutut pihak lawan yang satu lagi !
Hasilnya pihak lawan kita akan tidak stabil dan jatuh kerana anggota sendi lututnya sudah patah @ tergeliat !
Apa apa pun, latihan amali kena selalu diamalkan. Jika hanya tahu teori sahaja, maka jika keadaan mendesak maka ditakuti yang keluar hanyalah TEORI jugalah !
Selamat menuntut ilmu & beramal.
Wassalam..
Basteng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment