Tuesday, December 27, 2011

Pemakanan Secara Sunnah

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah suka berkongsi akan peri pentingnya untuk kita menjaga pemakanan kita.

Antara makanan yang diyorkan di amalkan oleh kita oleh Rasulullah s.a.w ialah




1. "Habat-Ul-Sauda" @ Black Cumin Oil. Ini adalah salah 1 makanan tambahan yang diyorkan agar diminum oleh umat Rasulullah. Alhamdulillah, aku sudah beli & amalkan minum extract Habatu-Ul-Sauda yang berjenama di atas ini sejak 1 bulan lepas iaitu meminumnya bersama dengan madu lemah.


http://vitamins.ultimatefatburner.com/black-cumin-seed.html


Madu lebah asli pula aku beli dari ibu aku yang berada di Dungun.
Jadi amalkan meminum Madu lebah bersama Habat-Ul-Sauda di waktu awal pagi iaitu semasa perut kita masih kosong.

Di waktu malam pula, meminum madu lebah sebelum tidor.

2. Aku juga secara konsisten memakan telor ayam kampung separuh masak 2 biji. dalam seminggu 3 kali makan.

3. Juga memakan buah kurma. Buah kurmaka yang aku suka ialah jenis Mariami grade AA. Harga 1 kilo sekitar RM 48 ! Jika kurma jenis kurma nabi, harganya boleh mencecah RM 100 untuk 1 KG !

Aku berazam jika ada rezeki lebih untuk membeli kurma yang jenis bersaiz besar !Tak silap aku namanya kurma Marbood ! Makan sebiji pun sudah kenyang !



4. Alhamdulillah aku juga memakan buah kismis. Insyallah buah kismis ini elok untuk badan kita & juga makanan untuk otak kita !



Di samping pemakanan tambahan di atas, aku suka berkongsi akan peri pentingnya melakukan exercise. Senaman yang aku amalkan ialah senaman urat saraf iaitu selepas aku mengerjakan solat fardu subuh & juga senaman jurus Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) - Lian Campur.



Aku sebenarnya meminati Tai Chi !

Gerakkan Tai Chi perlahan sahaja tetapi untuk seorang pengamal bela diri yang memahami & menghargai segala gerakkan Tai Chi mengetahui serangan Tai Chi amat berbahaya !



Insyallah panjang umur murah rezeki, aku sekeluarga akan bercuti ke pulau Lagenda iaitu pulau Langkawi selama 4 hari, 3 malam.

Doakan agar segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH s.w.t..

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Friday, December 23, 2011

Khazanah Senaman Orang Melayu

Assalamualaikum w.b.t...

Hari sabtu pagi ( 24 Dec 2011), insyallah aku sekeluarga akan bertolak ke Terengganu, Dungun untuk cuti cuti Malaysia.

End of year, insyallah rancang nak cuti cuti Malaysia ke pulau Langkawi.



Doakan ALLAH s.w.t memudahkan segala urusan.

Suka berkongsi akan peri pentingnya exercise dilakukan terutama selepas sahaja bangun tidor sehinggalah selesai kita mengerjakan ibadat solat subuh !



Sebenarnya sifu aku telah banyak memberi tunjuk ajar kepada aku tentang teknik senaman orang melayu !

Teknik senaman ini berkait rapat dengan urat saraf.

Contohnya, bilamana kita terkejut dari tidor janganlah kita terus bangun tetapi kita luruskan anggota tubuh badan kita sambil mata kita cuba melihat/memandang ibu jari kaki kita!

Buatlah sebanyak 7 kali!

Selepas itu dengan berselawat kita terus minum air mati satu gelas !

Selepas mengerjakan ibadat solat subuh, kita akan membuat senaman urat saraf iaitu sebenarnya adalah khazanah orang Melayu dahulu kala yang tidak ternilai harganya !

Di sinilah timbulnya teknik Senaman Harimau & etc.



Istimewa buat pengamal Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) membuat senaman Jurus Lian iaitu dengan membuat gerakkan secara gerak perlahan ( ala alaa seorang pengamal Tai Chi ), maka sebelas jurus lian di buat secara lawan jam & juga ikut arah jam !



Jika buat secara gerak perlahan , sebenarnya aku dapat rasakan bagaimana segala urat saraf/perjalanan darah di tubuh badan kita akan bergerak lancar !

Insyallah selepas ini aku berazam ingin belajar teknik pernafasan pula dengan sifu aku. Ini objektif tahun 2012 !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Monday, December 19, 2011

Uji

Assalamualaikum w.b.t...

Seorang pengamal bela diri adalah disyorkan untuk mencuba ilmu yang telah dipelajarinya untuk menentukan adakah dia sudah berjaya menguasai ilmu pertahanan diri tersebut tau pun tidak.

Pada era sifu aku belajar lian dahulu, sifu aku hobinya memang suka test ilmu yang telah dipelajarinya.

Jika sifu aku telah mempelajari suatu jurus contohnya jurus 1 sahaja maka dengan berbekalkan jurus 1 itulah sifu aku akan test orang diluar sana !




Ada satu peristiwa itu di dimana sifu aku sedang berjalan di bandar dan entah macam mana bahu dia dilanggar seseorang maka dengan pantas sifu aku terus melancarkan serangan terhadap orang tersebut !

Malangnya orang yang sifu aku pukul tersebut adalah seorang body buider ! Sudahlah badan sasa, tinggi & berketul ketul !

Alhamdulillah Sifu aku sempat memohon maaf dengan body buider tersebut & alhamdulillah brother body buider tersebut melepaskan sifu aku !



Point yang aku ingin kongsi di sini ialah jika kita terpaksa bertembung/bertarung dengan lawan kita yang bersaiz besar maka teknik yang betul ialah pukulan/sepakkan disasarkan ke anggota sendi pihak lawan !

Definasi Gayang yang aku faham ialah kedudukkan anggota tubuh kita bergerak seperti gerakkan seekor ular tedong selar bila ular tedong tersebut sedang menegak kepalanya ke atas !

Tubuh ular tedong tersebut bergerak ke atas, ke bawah, ke kanan, ke kiri dengan pantas bilamana ular tedong tersebut sedang berhadapan dengan bahaya dihadapannya .

Aku masih ingat di mana semasa aku sedang berdiri lurus tetiba ada hamba ALLAH datang meluru dengan melancarkan serangan tumbukkan ke arah muka aku, dengan pantas tanpa aku bergerak anggota tapak tetapi dengan gerakkan bergayang, alhamdulillah aku berjaya mengelak bukan 1 kali tumbukkan tetapi 3 tumbukkan berturut turut !

Aku berpendapat sebenarnya aksi bergayang untuk mengelak tumbukkan/sepakkan adalah antara tindak balas semulajadi yang sebenarnya sudah sedia ada di dalam diri seorang manusia.

Kita sebagai individu mestilah cuba berlatih bagaimana untuk mengaktifkan teknik gayang dalam diri kita !

Dengan teknik gayang yang betul akan menyukarkan pihak lawan untuk membuat serangan balas terhadap kita !

Lihatlah bagaimana Prince Naseem bergayang di dalam YouTube di bawah!









Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Thursday, December 15, 2011

Tipu Muslihat

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah suka berkongsi akan seorang pengamal Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) penuh dengan tipu muslihat!

Tipu muslihat di sini membawa maksud, di dalam pertempuran seorang pengamal lian mesti mencari jalan untuk menumpaskan lawan nya dengan apa cara sekalipun.



Contohnya jika kita melihat lawan kita badan berketul ketul seperti Hulk Hogan atau orang negro maka jika kita mengadapnya sudah tentu kita akan diratah hidup hidup oleh lawan kita yang sasa & gagah tersebut!



Mahu tidak mahu, seorang pengamal lian mesti dengan pantas menyerang ke arah anggota sendi/kawasan lembut pihak lawan pula seperti cucukkan ke arah anggota mata / bawah anggota pernafasan dekat kawasan kerongkong/leher, anggota rusuk, di bawah anggota dekat kawasan tetek/bawah ketiak boleh dilancarkan.




Juga tepukkan / tumbukkan boleh dilancarkan ke anggota penyawa & telinga !

Yang paling aku rasa sungguh istimewa dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku setakat ini pelajari ialah anggota lutut kita mesti masuk bersama sama dengan anggota tangan/siku bilamana sesuatu serangan dilancarkan terhadap puhak lawan.



Serangan anggota lutut ini fungsi utamanya adalah untuk membuat pihak lawan tidak stabil !

Jika jarak tempur adalah rapat iaitu maka biasanya ini adalah kesempatan yang terhidang untuk seorang pengamal GPLY untuk melancarkan serangan anggota siku and lutut bersama sama !

Pantang seorang pengamal GPLY ini adalah untuk membiarkan dirinya dipeluk/diikat/dipegang ! Jadi seorang pengamal GPLY mesti tidak membenarkan anggota dirinya untuk dipegang/diikat/dipeluk !

GPLY ini juga seorang penipu dan penuh tipu muslihat!

Penipu di sini bermaksud jika terpaksa meludah ke arah muka lawan kita maka kita akan meludah agar pihak lawan akan hilang tumpuan disebabkan lawan kita cuba mengelak/menyapu air ludahan kita !



Juga jika terpaksa menggunakan serbuk pasir untuk dilontarkan ke muka/mata pihak lawan, maka kita boleh menggunakannya !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Sunday, December 11, 2011

Tendangan tidak nampak Lian - Sepak bola sisi terbalik

Assalamualaikum w.b.t..

Aku & Sifu aku sepanjang minggu lepas berulang alik dari Puchong ke Kuala Pilah kerana ada urusan membantu sepupu aku yang isterinya menghadapi masalah SAKA.

Juga sekarang membantu biras aku ( Suami kepada Kakak Ipar aku yang sulong)yang dipercayai menghadapi masalah santau BISA yang menyebabkan badan sepupu aku rasa tak bermaya & lemah. Sehingga amat berat untuk mengangkat anggota bahu nya..



Untuk makluman biras aku ini sudah ke hospital membuat pemeriksaan & keputusan doktor mengatakan adalah normal iaitu tiada masalah sakit biasa !




Sifu aku menasihati aku lagi agar aku dapat berterusan membuat latihan agar aku dapat menghidupkan & menguasai lagi anggota kaki/lutut aku !



Sebenarnya pukulan sepakkan anggota kaki sisi dengan menggunakan anggota kaki yang di buat secara sepak bola terbalik adalah amat merbahaya kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan parah terhadap anggota sendi lutut pihak lawan akibat patah/tergeliat !

Caranya ialah bilamana kita melihat anggota kaki kanan pihak lawan berada di posisi hadapan maka dengan menggunakan anggota kaki kiri kita akan menyepak secara tendang bola secara terbalik ke anggota sendi lutut kanan pihak lawan kita !

Insyallah dengan latihan berterusan dengan membuat pukulan aras paras bawah ( seperti sepakkan menendang bola atau tendangan sepak bola secara sisi ), maka insyallah aku akan cuba untuk menguasai & memahirkan teknik tendangan lian ini !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Sunday, December 4, 2011

Orang Kayu @ Wooden Dummy

Assalamualaikum w.b.t...

Sila menonton YouTube di bawah iaitu bagaimana seorang pengamal beladiri Wing Chun membuat latihan dengan menggunakan orang kayu.



Aku berazam untuk memahirkan membuat latihan dengan menggunakan Orang Kayu seperti Master Wong ! :)

Setakat yang aku tahu di Malaysia selain beladiri Wing Chun , beladiri lain yang menggunakan Wooden Dummy@Orang Kayu sebagai alatan dalam latihan adalah Beladiri Gayang Lima yang diketuai oleh Tengku Musa! ( Sila menonton bagaimana latihan orang kayu di buat di bawah ini ! )



Juga ada 1 beladiri yang dinamakan sebagai G5 LianRajaAli. Aku berpendapat ini antara beberapa pecahan aliran yang ada dalam Ilmu pertahanan diri Gayang 5 !



Sifu aku pernah memberitahu aku semasa dia & team member dia belajar dengan arwah Acik Bakar, pisau akan diikat dibahagian hujung Orang Kayu !

Oleh kerana Orang Kayu arwah Acik Bakar 'hidup" kerana Orang Kayunya mudah berpusing maka jika satu anggota tangan membuat pukulan maka satu anggota tangan yang lain mesti dengan pantas membuat blocking jika lambat bertindak maka dikuatiri pisau yang diikat dihujung Orang kayu yang berfungsi sebagai anggota tangan tersebut akan membidas dan boleh mencederakan pelatih !

Aku diberitahu oleh sifu aku arwah Acik bakar pernah membuat latihan dengan menggunakan Orang Kayu selama 45 minit tanpa henti !

Untuk pengetahuan, aku tak sampai 5 minit pun dah penat & sakit sakit anggota badan !

Selamat menuntut ilmu & beramal...
Semoga ilmu yang diperolehi bermanafaat di dunia & juga di akhirat.

Wassalam..

Basteng

Thursday, December 1, 2011

Teknik permainan tapak Lian !

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah aku ingin berkongsi akan jurus latihan dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku sedang belajar ini.

Aku pernah berkongsi akan artikel berkenaa Tapak Hulubalang.



Tapak Hulubalang ini adalah teknik bagaimana seorang pengamal lian bergerak melangkah untuk berpusing /mara /undur .

Dalam latihan harian, seorang pengamal GPLY adalah disarankan agar membuat latihan jurus 1 sehingga jurus 11 iaitu dengan mengikut lawan arah jam terlebih dahulu.

Seeloknya setiap pergerakkan jurus yang dibuat tersebut hendaklah secara perlahan sahaja iaitu seperti pergerakkan seorang pengamal Tai-Chi !

Objektif utama di sini ialah agar seorang pengamal GPLY faham akan segala apa pergerakkan anggota tangan, siku, kaki, lutut & etc yang damalkannya tersebut.

Bilamana sudah selesai latihan jurus secara pusingan lawan arah jam, maka latihan jurus 1 hingga jurus 11 dilakukan pula secara mengikut arah jam sehinggalah selesai.

Untuk perhatian, jika latihan jurus dibuat secara perlahan iaitu mengikut arah lawan jam maka 1 anggota tapak kaki yang menjadi PAKSI akan tetap berada ditempat kedudukkan yang sama !

Diberitakan masa sifu aku belajar dengan arwah Acik Bakar dahulu, tempat kawasan tanah gelanggang dimana anggota kaki ( kawasan tumit anggota kaki ) menjadi PAKSI akan lekuk !



Anggota kaki belakang yang menjadi PAKSI mestilah dalam format 70:30 iaitu kaki belakang yang menjadi kai PAKSI menampung 70% berat anggota badan kita. Manakala, kaki yang dihadapan adalah ringan iaitu kita boleh mengakatnya secara mudah untuk melakukan teknik sepakkan !




Juga jika seorang pengamal lian sedang bertempur, cara pengamal lian maju ke hadapan untuk berhadapan dengan pihak lawan adalah secara mengesut iaitu anggota tapak kaki yang melangkah ke hadapan adalah antara secara sentuh atau tidak menyentuh permukaan bumi! ( sila tonton YouTube di bawah ! )





Di bawah ini adalah antara teknik yang aku namakan sebagai Tanpar Beruang. Kita menggunakan anggota tangan kita untuk BLOCK serangan daripada pihak lawan terlebih dahulu sebelum kita melancarkan serangan dengan menggunakan anggota kaki kita !




Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Wednesday, November 30, 2011

Teknik Pukulan Siku Terbalik

Assalamualaikum w.b.t...

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ), teknik pukulan anggota siku terbalik lian adalah antara teknik yang amat berkesan !

Teknik anggota siku terbalik lian memerlukan seorang pengamal lian untuk bergerak & melangkah sambil pukulan pertama anggota siku di lancarkan dari arah bawah ke arah anggota paras bawah pihak lawan ( anggota perut/rusuk)terlebih dahulu .



Kemudian disusuli dengan pukulan kedua dengan menggunakan anggota siku kita yang satu lagi ke arah bahagian paras atas pihak lawan ( anggota muka ) pula!



Teknik siku terbalik lian ini sepatutnya dilancarkan tanpa dapat diLIHAT & diSEDARI oleh pihak lawan !

Sedar sedar, pihak lawan sudah tidak bermaya akibat pukulan siku terbalik lian !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, November 24, 2011

Pukulan silang

Assalamualaikum w.b.t...

Aku suka berkongsi akan satu teknik dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang aku panggil sebagai pukulan silang.

Pukulan silang ini boleh dilancarkan dengan menggunakan anggota kaki, lutut, siku dan juga anggota tangan.



Contohnya untuk serangan silang anggota lutut , maka jika kita melihat pihak lawan bergerak dengan anggota kaki kanannya bertapak di hadapan maka kita dengan pantas akan masuk menyerang ke arah anggota lutut kanan pihak lawan tersebut dengan menggunakan anggota lutut kanan kita !

Tujuan kita adalah untuk memBUKA sendi anggota lutut kanan pihak lawan.



Selepas itu dengan pantas juga kita akan melancarkan serangan anggota lutut kiri kita ke arah anggota sendi lutut kiri pihak lawan pula !

Akibatnya pihak lawan kita akan langsung tidak berpeluang untuk menstabilkan diri dan ini memberikan ruang yang luas untuk kita terus melancarkan serangan bertali arus ke arah pihak lawan sehinggalah pihak lawan tidak mampu bangkit untuk melawan lagi.



Begitu juga pukulan silang boleh dilancarkan dengan mengunakan anggota tangan, siku & juga anggota kaki!



Peringatan di sini ialah walaupun jika kita sedang bertempur yang menentukan sama ada kita hidup atau pun mati, tetapi hati kita mestilah senantiasa berZIKIR dan berDOA kepada ALLAH s.w.t !

Juga perlu sentiasa ingat : In the street fighting & war, there are no rules !

Jadi untuk selamatkan diri, kita mesti buat apa sahaja yang perlu asalkan kita berjaya menyelamatkan diri kita seperti meludah, menggigit, menendang, menyucuk & etc. !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Sunday, November 20, 2011

Mengukur Jarak

Assalamualaikum w.b.t...

Pada masa cuti sekolah ini, aku tak dapat mengungjungi sifu aku seperti hari waktu persekolahan.

Biasanya jika masa hari persekolahan, selepas aku menghantar anak aku ke sekolah maka aku akan singgah & mengadap sifu aku.

Panjang umur, aku merancang jika dalam seminggu, aku boleh mengadap sifu aku 2 kali pun sudah cukup cantik kerana sekarang ini di rumah sifu aku ada ayah & mak mertua dia menumpang !

Kerana rumah ibu & ayah mertua sifu aku sedang diperbaiki.



Jadi aku pun segan laa sikit...As sebab aku menuntut & belajar Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) ini sejak tahun 2008 kerana aku mempunyai seorang jiran yang jahat.

Yang aku maksudkan jahat di sini ialah Jiran aku ini psiko orangnya iaitu dia suka buli jiran tetangganya yang lain seperti dia memang sengaja meludah, menghempas pintu rumahnya, membuat bising dengan ON kan alarm kereta @ rumah dia, membuang sampah ke halaman rumah jiran tetangga, sengaja memasang radio TAMIL dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam & radio itu pula sengaja diletak kat luar iaitu kat kawasan parking keretanya & 1001 perkara yang menyakitkan hati la..

Dengan erti kata lain, dia memang sengaja menganggu jiran tetangganya.
Sehinggalah jiran nya yang disebelah kanan ( Uncle Ang ) terpaksa menjual rumah nya kerana tidak tahan dengan gangguan & psiko jiran aku yang jahat ini.

Alhamdulillah bila aku berpeluang belajar GPLY ini, ALLAH s.w.t bagi aku keyakinan sehinggalah pada Jun 2009 & Jun 2010 aku telah menjemput jiran aku yang psiko ini untuk bertarung 1-to-1 !

Diringkaskan cerita, pertarungan ini tidak berlaku tetapi jiran aku yang psiko ini akhirnya telah menjual rumahnya !

Dalam GPLY ini jika kita kena pandai mengukur jarak. Mengukur jarak di sini membawa maksud jika kita hendak melancarkan serangan dengan menggunakan anggota kaki maka jarak ideal pihak lawan hendaklah dalam radious serangan anggota kaki kita.



Jika dalam jarak yang rapat, maka pergunaan anggota lutut & Siku hendaklah kita gunakan.

Untuk pengetahuan aku sedang memahirkan beberapa teknik asas pukulan menggunakan anggota siku.

Insyallah dengan latihan berterusan dengan menggunakan Orang kayu, insyallah aku akan menguasai teknik siku ini.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, November 17, 2011

Latihan anggota lutut dgn gunakan Wooden Dummy @ Orang Kayu

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah dengan izin ALLAH s.w.t, aku berjaya juga menyiapkan tugas untuk membalut Wooden Dummy aku !



Tujuan aku membalut Wodden Dummy aku dengan Getah Paip yg kemudian di lilit dengan kertas surat khabar & akhirnya dibalut dengan Pita kain .




Insyallah ini akan memudahkan lagi untuk aku membuat latihan lutut agar anggota lutut aku lebih hidup !



Sebelum ini tanpa balutan yang lembut di bahagian bawah Wooden Dummy menyukarkan aku untuk menjalani latihan anggota lutut kerana pukulan menggunakan anggota lutut ke Orang Kayu yang tidak dibaluti akan menyebabkan kesakitan yang melampau !



Antara RAHSIA besar GPLY - Lian Campur ini adalah keberkesanan pergunaan anggota lutut untuk menGUIS/meNEKAN/meNURUN/menJENTAT anggota lutut pihak lawan agar pihak lawan menjadi tidak stabil & seimbang !



Suka berkongsi, serangan serentak dengan menggunakan anggota tangan/siku/kepala & sambil diikuti dengan serangan anggota kaki/lutut/punggung kita insyallah akan menjadikan kita dapat mengatasi pihak lawan !





Masih tergiang di telinga aku bilamana sifu aku memuji akan kepantasan & ketepatan anggota tangan & siku aku. Tetapi aku kena buat latihan yang lebih gigih lagi kerana apa yang sifu aku perhatikan, aku masih lemah & kurang hidup dalam pergunaan anggota kaki & lutut !



Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Thursday, November 10, 2011

Gerak Lian ... Pukul Lian

Assalamualaikum w.b.t...

Ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) yang aku belajar ini sebenarnya adalah ringkas sahaja. Jurusnya tidaklah memeningkan kepala untuk diingati !

Tetapi untuk faham dan menghayati akan segala gerak Lian dan pukul Lian memerlukan masa ( 11 hari, 11 bulan, 11 tahun ! ) kerana seorang penuntut lian sepatutnya hendaklah mempelajari & menguasai ke semua 11 jurus dalam GPLY.




Gerak Lian adalah permainan secara lembut & halus iaitu tekniknya ada dalam beladiri silat ! Teknik seperti kita meNOLAK, meNARIK, menGUIS, meNEKAN anggota sendi pihak lawan juga diamalkan di dalam Gerak Lian!

Pukul Lian pula adalah ganas & kejam iaitu kebanyakkan tekniknya ada dalam beladiri Wing Chun & Muay Thai.




Contoh permainan Pukul Lian adalah sekiranya pihak lawan menumbuk kita maka pada masa yang sama kita juga melancarkan tumbukkan ke arah lawan kita tersebut !



Tetapi caranya ialah kita berkemungkinan akan kena juga tumbukkan pihak lawan tetapi kesakitan adalah kurang kerana kita sudah pun dapat mengukur jarak "selamat yang ideal" ! Ini menyebabkan tumbukkan pihak lawan walaupun mengenai kita tetapi tumbukkannya adalah tidak padat & tepat !

Berdasarkan cerita orang dulu dulu bagaimana pengasas bela diri Lian ini yang bernama Abdul Rahman Al-Yunani mampu bertarung dengan mengalahkan 10 orang pengayuh beca yang ganas yang mengamalkan beladiri Lintau ( macam kung-fu Cina ! ).



Tidak lain & tidak bukan Abdul Rahman menggunakan Pukul Lian yang sememangnya kejam & keras !



Tumbukkan kita pula yang terhasil secara cepat, tepat & padat bilamana mengenai pihak lawan akan menyebabkan lawan kita mengalami kecederaan yang parah !

Kombinasi teknik permainan lembut ( Ala permainan silat sendeng/bugis/gayung + Aikido => tarik, tekan, tolak, kuis ) & pukul sendi ( Gerak Lian ) + teknik permainan keras & ganas ( ala permainan Wing Chun/Muay Thai/Tinju ) menjadikan GPLY ini unik & merbahaya !

Daripada 11 jurus, seorang penuntut Lian adalah disyorkan agar betul betul dapat menguasai & memahirkan sekurang kurangnya 1 jurus GPLY .

Contohnya sekiranya seorang penuntut GPLY suka akan jurus 1 iaitu bilamana pihak lawan baru nak bergerak untuk melancarkan serangan maka kita dengan pantas sambil anggota tubuh kita bergayang + satu anggota tapak tangan kita menggunakan teknik Tanpar Beruang @ Tebah Lalat sambil anggota tangan yang satu lagi akan melancarkan tumbukan secara cepat, tepat & padat bertubi tubi ( seperti dalam cerita IP Man ! ) ke arah anggota muka, rusuk, penyawa & anggota sendi pihak lawan tanpa memberi ruang & masa kepada pihak lawan sehinggalah pihak lawan langsung tidak mampu & berdaya untuk melancarkan tindak balas !

Ilmu GPLY ini adalah ilmu untuk perang !!!

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Sunday, November 6, 2011

Sendal Part 2

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah sempat juga mengadap sifu aku pagi tadi walaupun hari hujan !

Suka berkongsi akan teknik SENDAL yang telah aku kongsi di dalam artikel aku yang terdahulu.

Objecktif utama teknik SENDAL ialah untuk menyebabkan pihak lawan tidak stabil/seimbang. Bila mana keududukan pihak lawan tidak seimbang maka pada masa itulah masa yang paling sesuai sekali untuk kita melancarkan serangan bertubi tubi & bertali arus sehingga lawan kita tidak berdaya lagi untuk bertarung .



Dalam teknik sendal part 1, aku berkongsi bagaimana kita menggunakan anggota tangan kiri kita untuk blocking anggota kaki/lutut kanan pihak lawan daripada boleh bergerak untuk melancarkan serangan kepada kita. Sementara anggota tangan kanan kita akan menolak/menguak bahagian ruas atas anggota siku kanan pihak lawan & hentakkan menggunakan anggota lutut kanan kita dilancarkan ke anggota perut/penyawa pihak lawan.



Dalam teknik sendal part 2, kita tidak perlu menggunakan anggota tapak tangan kiri kita untuk BLOCKING/menahan anggota lutut kanan pihak lawan tetapi kita hanya perlu menggunakan anggota lutut kiri kita pula untuk meNOLAK/meNURUN/menGUAK/meNGUIS ruas anggota lutut kanan pihak lawan .


Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam..

Basteng

Wednesday, November 2, 2011

Teknik anggota Lutut LIAN

Assalamualaikum w.b.t..

Jika musuh bersenjata & kita dalam kedudukkan mengancam nyawa maka serangan balas yang kita patut tumpu & lancarkan adalah di tiga temnpat :

1.Cucuk ke anggota mata
2. Cucuk ke anggota leher/kawasan pernafasan di bahagian anggota leher
3. Tepuk/tumbuk ke anggota penyawa

Memahirkan teknik anggota lutut adalah satu kelebihan yang amat besat di dalam GPLY.

Aku berazam untuk membuat latihan berterusan untuk memahirkan lagi teknik "kuis"/"tekan" dengan menggunakan anggota lutut ke sendi anggota lutut pihak lawan!



Jika pihak lawan masuk dari sisi anggota kanan maka kita akan menyambutnya dengan anggota tangan kanan kita akan bersilang dengan anggota ruas di bahagian atas anggota siku kanan pihak lawan sambil anggota tangan kiri kita ( menggunakan anggota tapak tangan kiri ) akan menahan@blocking anggota lutut/kaki kanan pihak lawan daripada bergerak.



Sambil pada masa yang sama kita akan melancarkan pukulan menggunakan anggota lutut kanan kita ke anggota penyawa/perut pihak lawan !!



Aku berkeyakinan teknik pukulan menggunakan anggota lutut ini adalah sangat berkesan & praktikal untuk diamalkan !

Teknik pukulan GPLY menggunakan anggota lutut ada berbagai cara !

Antaranya jika pihak lawan masuk menyerang dari sisi kanan iaitu bilamana anggota kaki kanan pihak lawan masuk melangkah di hadapan maka kita akan menyambutnya dengan menggunakan anggota lutut kiri kita akan menghentam/menghentak anggota peha kanan pihak lawan yang berada diantara anggota lutut dan anggota pangkal peha !

Akibatnya pihak lawan akan mengerang kesakitan akibat hentakkan anggota lutut kita ke arah ruas anggota lutut dengan pangkal peha !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng

Saturday, October 29, 2011

Siku Kapak

Assalamualaikum w.b.t...

Aku serasi belajar ilmu pertahanan diri Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY - Lian Campur ) ini kerana teknik lian yang telah aku belajar dari sifu aku adalah ringkas tetapi berkesan !

GPLY langsung tiada bunga tari seperti tangan kembang & etc!




Contohnya , jika pihak lawan masuk secara meluru @ membabi buta maka kita boleh meNARIK/menGUIS/meNOLAK/meNEKAN/mengANGKAT anggota sendi tangan sambil meMIJAK anggota kaki pihak lawan serentak ! Dengan cara kita meNARIK anggota tangan/kaki seluar/rambut/janggut/kolar baju & etc sudah memadai kerana pihak lawan kita akan menjadi TIDAK SEIMBANG/STABIL & seterusnya kita boleh menghumbangkan lawan kita ke dalam longkang/dinding/pokok !

Pihak lawan kita akan mencederakan dirinya sendiri kerana kita hanya perlu meNARIK/menGUIS/meNOLAK/meNEKAN/mengANGKAT sahaja apa yang anggota tangan/kaki kita sempat capai !



Suka berkongsi akan pengalaman aku semasa menganggotai silat Cimande selama 2 tahun, bermacam macam bunga yang diajar tetapi disebabkan tidak berpeluang belajar buah combat juga tidak faham apa guna pergerakkan yang diajar tersebut maka hasilnya aku tidak dapat mengamalkan ilmu silat tersebut untuk mempertahankan diri !



Antara gerakkan mudah tetapi amat berkesan ialah bilamana pihak lawan masuk menyerang dengan tumbukkan/bersenjata dari sisi kanan maka dengan menggunakan "kait buah" iaitu bahagian V yang terbentuk dari kedudukkan anggota ibu jari tangan dengan anggota jari tangan yang dibuka, maka dengan menggunakan anggota tangan kanan yang dalam posisi kedudukkan "kait buah V " , maka kita akan mengangkat anggota sendi siku kanan pihak lawan ke atas sambil dengan pantas kita akan melancarkan serangan anggota siku kanan kita ( teknik Siku kapak ) ke arah kawasan sasaran iaitu anggota ulu hati/dada/muka pihak lawan !

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Monday, October 24, 2011

Tagline GPLY : CEPAT, TEPAT & PADAT

Assalamualaikum w.b.t

Dalam Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ), seorang pengamal GPLY adalah dikehendaki untuk melancarkan tumbukkan secara CEPAT, TEPAT & PADAT !




Untuk menjadikan pukulan kita adalah CEPAT, TEPAT & PADAT ini memerlukan latihan pukulan menggunakan wooden dummy @Orang Kayu dilakukan secara berterusan .

Tumbukkan 3 iaitu tumbukkan ke anggota MUKA, ULU HATI/DADA & PENYAWA dilakukan terhadap pihak lawan secara serentak !




Ini bermaksud seorang pengamal GPLY bilamana melancarkan serangan tumbukkan maka sekurang kurangnya 3 buah pukulan akan dilancarkan secara CEPAT, TEPAT & PADAT ke 3 anggota sasaran iaitu anggota bahagian MUKA, ULU HATI/DADA & PENYAWA !

Teknik tumbukkan cara di atas adalah secara mengadap iaitu secara bersemuka.

Manakala ada juga cara pukulan di buat secara sisi. Ini bermaksud kerana kita tidak mahu melihat wajah pihak lawan atau pun kita takut bersemuka secara berhadapan.

Oleh yang sedemikian, jadi kita melancarkan serangan ke anggota telinga & rusuk !

Ke dua anggota sasaran di atas tersebut adalah sebenarnya sangat berbahaya & berkesan untuk melumpuhkan pihak lawan kerana jika tumbukkan dilancarkan ke anggota telinga pihak lawan akan tidak stabil & kita akan melumpuhkan pergerakkan pihak lawan.

Begitu juga tumbukkan yang disasarkan ke anggota rusuk pihak lawan akan memberi kesan kesakitan yang amat sangat. Jika tumbukkan yang dilancarkan amat kuat kemungkinan tulang rangka anggota rusuk akan patah dan ini akan menyebabkan kecederaan parah & serious kepada pihak lawan !

Oleh itu kita jangan bergurau dengan cara membuat pukulan ke anggota rusuk !

Selamat menuntut ilmu & beramal...

Wassalam...

Basteng

Thursday, October 20, 2011

SENDAL

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah aku berkesempatan mengadap sifu aku.

Antara teknik Gerak Pukul Lian Yunan ( GPLY ) yang ingin aku berkongsi disini yang aku namakan sebagai teknik SENDAL !

Bilamana kita terpaksa berhadapan face-to-face dengan pihak lawan, maka dengan gerakkan jurus 1 maka badan kita akan turun serendah yang mungkin (kedudukan anggota badan seperti photo di bawah ) .



Katakanlah jika pihak lawan masuk dengan anggota sisi kanan iaitu pihak lawan melangkah 1 langkah kehadapan (anggota kaki kanan pihak lawan dihadapan ) , maka kita akan menyambutnya dengan kedudukan anggota kaki kiri kita akan menYENDAL iaitu bersetentangan dengan anggota kaki kanan pihak lawan !

Maka dengan anggota badan kita direndahkan maka dengan menggunakan anggota siku kiri @ anggota tapak tangan kiri kita akan menyerang ( meNEKAN/meNARIK/meNOLAK/menGUIS ) anggota sendi lutut kanan pihak lawan !

Ini akan menyebabkan pihak lawan tidak stabil@inbalance jadi serangan anggota siku/tangan/sepakan/lutut/kepala/bahu kita dilancarkan bertubi tubi sehinggalah pihak lawan terus lumpuh.

Untuk mengamalkan teknik SENDAL ini memerlukan latihan yang berterusan kerana risiko jikalau kita lambat atau posisi anggota tubuh kita terlampau tinggi akan membuka ruang yang mudah kepada pihak lawan untuk melancarkan serangan anggota tangan kepada kita !

Teknik SENDAL ini untuk kita MAKAN besar tetapi jika tersilap buat percaturan ditakuti kita akan mudah tercedara kerana teknik ini juga memberi ruang yang terbuka/luas kepada pihak lawan untuk bertindak balas & mengakibatkan kecederaan parah kepada kita !

Teknik SENDAL ini adalah berkaitan dengan jurus 10 dalam GPLY.

Selamat menuntut ilmu & beramal..

Wassalam..

Basteng